MERLION di Sentosa



MERLION = MERmaid + LION

Sebab itulah ada corak ikan sikit pada badan merlion.

Boleh nampak besar gajah kat Sentosa island.
Bila pergi ke Sentosa boleh pergi Universal Studio sekali.
Cuma jangan pergi time cuti sekolah or weekend kot sebab ticket perice naik dan orang pun ramai.


Typical trademark for USS


1 of the attraction at USS






Parking space at Sentosa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Esplanade, Marina Bay and LV



Walaupun hujan sekejap berhenti sekejap
Itu tidak menghalang keinginan untuk menikmati pemandangan bandar di Kota singa
Dengan bantuan 'tourist guide' yang sangat baik hati
Perjalanan kami menjadi bertambah B.E.S.T






eye of malaysia or eye of london ?








Design bangunan yang cantik tapi tak berani nak masuk sebab cannot afford.....YET ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st time di Kota Singa bertemu Gajah

E.X.C.I.T.E.D

Untuk aku yang 1st time sampai di Singapura.
Tak kisah la apa orang nak cakap
Yang penting aku dah sampai Singapura.

Biasa lah untuk orang yang pertama kali sampai di tempat orang
Tak lain tak bukan habit mengambil gambar
Di mana-mana aje nak ambil gambar
Sikit-sikit pun nak posing

Kata orang
Bila sampai ke Singapore mesti kena pergi tengok merlion
Kalau tak, tak sah lah




Aku sukakan bangunan
Sebab itu lah aku suka pergi area town
Aku tak berapa nak suka 'nature'
Sebab itu aku tak berapa suka naik Broga...(apa kaitan ?)
Layankan aje.

Tetiba saja this time datang banyak gajah pulak

Jangan lepaskan peluang....










Seni yang ditunjukkan pada badan gajah ini bertujuan ekspresi menyelamatkan gajah dari terus diburu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Daun Pisang

Last week, 1st time makan nasi daun pisang di Restoran Mirwana, Bangsar.
Nampak simple tapi sedap
Yang paling penting ...S E D A P
Aku paling suka peria goreng dia
Memang sedapppssss.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hutang Gambar pada Cik Amie

Aku berhutang dengan Cik Amie
Hari ni nak clearkan segala hutang ku
Sorry la cik Amie, aku ni busy sangat lately ni
Nak upload gambar tu memang teringat
Tapi komitment kerja memerlukan aku lebih kepada kerja...aicehh

Ni gambar dia

fettuccine carbonara 

Buatan sendiri yang tak berapa nak cantik..haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MONDAY B.L.U.E


Sangat lah susah hendak bersemangat semasa kerja pada setiap hari Isnin....(tulis blog boleh pulak ye...)
Pukol 11am perot dah bunyi-bunyi.
Kena dengar ceramah sikit dari puan besar.
Perut bertambah bunyi-bunyi.
Ingat petang nak balik awal sebab bos cuti..hehe.
Elok-elok je dah ready nak balik dapat pulak 1 emel.
Terkejut beruk pun ada...tapi lebih kepada takut sebenarnya.
Tak berapa nak paham pasal kerja yang nak dibuat.
 Kalau salah buat ni memang cari nahas aku ni.
Mula la menggelabah..call vendor..call nssi
Setelah go through sikit sikit baru la nampak sikit gambaran dia
Lebih elok dari tadi yang gelap langsung tak nampak apa.
Tapi tak paham semua pun
Tak apa lah
Sambung esok je la...dalam hati berdebar-debar bos dah masuk keja...ehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lokasi Jogging : UIA Gombak



Kali ini kami berjoging di UIA.
Lebih tepat, Stadium Saidina Hamzah, UIA Gombak
Kami berkumpul di Taman Bullion Mewah rumah kak Hajar dalam pukul 7.30 pagi.
Tapi hujan rintik.
Ingatkan dah tak jadi.
Tapi kami teruskan juga dan Alhamdulillah bila sampai UIA dah tak hujan dah.
Dan bila sampai je, ramai jugak family yang bawak anak kecik.
Seronok tengok ayah main bole dengan anak, mak jalan kaki pusing trek dengan anak.

My record of the day : 3 pusingan lari non-stop

Next target: 4-5 pusingan lari non-stop.

Nak exercise ni pun kena ada target. Tak boleh main redah aje.

Mula-mula kena start slow-slow.
Set the target untuk hari itu.
Kalau dapat half or 1 pusingan pun dah ok.

Jadikan next target as the threshold, selagi tak achieved selagi itulah kena repeat sampai complete.
Mungkin kena repeat on the next session. Tak kisah la sebab tak achieve lagi target kita.
Lepas tu baru boleh set new target.

Senang kan?
Jadikan ini motivasi untuk bersenam dan jaga kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Unique things in Japan

Kali ni nak cerita sikit pasal barang-barang yang tak berguna unique yang dibeli ketika berada di Tokyo.
Di Jepun, kebanyakan barang yang dijual adalah yang mementingkan kebajikan rakyat Jepun itu sendiri.
Maknanya, bukan lah dijual semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Star shape and heart egg mould

Egg mould ni diguna untuk membuat acuan telur rebus supaya mengikut acuan yang dikehendaki.
Di Jepun, banyak diguna oleh para ibu dalam set bento anak-anak mereka supaya nampak menarik. 
Di Jepun, memang digalakkan meng'kawaii' kan set bento anak.

set telur rebus cute

Secara tak langsung, ini dapat menarik minat anak kecil untuk makan nasi dan sekaligus mengelak mereka dari mengambil junk food.
Patut di Malaysia pun start buat macam ni kan. 
Rupanya kat Malaysia pun ada la jual acuan macam ni...huhu (shdah gelakkan aku tergolek-golek)



p/s: kebanyakan pelajar sekolah di Jepun lebih suka berada di sekolah selepas waktu persekolahan kerana mungkin banyak aktiviti menarik di sekolah berbanding duduk di rumah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I missed the coffee



Aku rindu coffee itu
Tatkala bila sudah tiada
Lagi bertambah-tambah rinduku padanya
Aku cuba ingat kembali
Kenangan ketika dekat dengannya
Entah kenapa hati berdegup kencang
Semua itu akan kusimpan dalam hati
Aku selalu berharap
Andai kata ada rezeki
Dapat dipertemukan lagi
Kali terakhIir bertemu dengan coffee
Moga kali pertama bertemu kembali
Masih dengan coffee
Ya,
Aku sangat rindu coffee ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Itinerary - Tokyo 2011

My Itinerary - Tokyo 2011 Day#1

1. Sampai di Haneda Airport (International Terminal) dalam 11.45pm. Immigration clearance dan luggage dah ambil masa juga. Jangan lupa senyum masa pandang kamera nanti ;p

#Tips: Ada 3 terminal di Haneda. Setiap terminal dihubungkan dengan train line berbeza.
Penting untuk tahu di terminal mana berada.
  1. Terminal 1 
  2. Terminal 2
  3. International Terminal 

3. Tunggu di Airport sampai pagi. Boleh tidur di kawasan airport sementara menunggu pagi. Selepas tengah malam, train dah stop. Boleh melawat kawasan airport juga. Jangan terkejut jika ada 2 orang Airport Inspector (yang kawaii) datang dan tanya detail i.e (nama,pasport etc). Perkara biasa bagi pihak berkuasa nak pastikan keselamatan foreigner.

#Info: 
Airport ada sediakan service kurier beg dan barang. Kebanyakan student yang sampai Airport sebelum naik bas 11 ke 12 jam akan pos beg besar diorang tu ke hostel or school mereka. Even laptop pun diaorang pos dan tak pernah hilang or pecah.

4. Dalam pukol 6 am, yani sampai. Naik monorail dari airport dan tukar train. Ada banyak kali tukar laluan train. Ada banyak pilihan untuk pilih laluan. Terpulang pada strategi masing-masing sama ada nak murah tapi jauh, atau nak cepat tapi mahal.

5. Sampai ke Chiba akhirnya setelah penat angkut beg berat...huhu. Berhenti di stesen Midoridai. Jalan kaki sikit dan sampai ke rumah. Kawasannya tenang je dan boleh nampak tren lalu lalang.


6. Petang dalam pukol 7pm jalan-jalan ke bandar Chiba. Berhenti di stesen Chiba. Shopping sikit, survey sikit, dan makan.

7. Dah pukol 10, balik rumah.


My Itinerary - Tokyo 2011 Day#2

Bangun pagi, yani ada kelas. Terasa nak berjalan-jalan. Cuma tau jalan ke Chiba je. Naik tren sorang-sorang. Jalan-jalan kat SOGO dia. Beli sourvenier sikit. Bila petang pergi beli barang kat Family Mart. Dan beli tiket Disneyland ;p


My Itinerary - Tokyo 2011 Day#3

Get ready for Tokyo Disneyland. Keluar rumah pukol 7am. Sampai luar pintu Tokyo Disneyland dalam 8.30am. Orang dah ramai giler rasa macam sampai beribu orang. Gate buka pukul 9am. Stay kat situ sampai 9 pm.

#Tips: Make sure pergi main yang best dulu. Ambil FASTPASS dulu dan pada masa sama beratur jugak utk yang best yang lain. Lebih baik beratur lama waktu pagi daripada beratur lama waktu tengah hari onwards. Makanan luar boleh bawak so pandai-pandai simpan k.


My Itinerary - Tokyo 2011 Day#4

9am
1. Pergi Nippori --> Fabric Town. Ada banyak kain cotton Jepun yang boleh dibeli. Lunch sekejap.


12pm
1. Gerak ke Ueno street. Nak cari Hard Rock Cafe. Dari situ boleh jalan ke Ameyayokocho ala Petaling Street kat sini. Barang fake banyak jugak.

8pm
2. Baru sampai ke Akihabara. Kedai pun banyak dah tutup. Kat sini kedai tutup awal. Sempat la tengok dan survey sikit-sikit dulu. Beli souvenir sikit. Ada student Indonesia yang cute datang tegur lagi.

#Tips: Jangan pergi banyak tempat dalam 1 hari kerana kena tukar train banyak kali dan ini dah ambil masa banyak. Lagi pun nanti akan rushing je bila dah sampai.


My Itinerary - Tokyo 2011 Day#5

1. 9am
Nak pergi SkyBus. Yani dah booked awal via phone. Naseb baik dia pandai cakap nihongo hehe. Agak susah nak cari bus stop dari stesen Train. Nasib baik sempat sampai dalam pukol 11am. Ada bayak route boleh pilih dengan instructor in Japanese or English. Kami pilih yang Japanese dengan route dia masuk ke kawasan Tsukiji, Ginza, Rainbow Bridge, and Tokyo Tower.

3pm
2. Sampai Shibuya the Fashion district. Jalan-jalan tengok orang besttttt. Ramai betul orang kat sini dan ada macam-macam fesyen.

4. Cari makan kat Shibuya susah jugak nak jumpa. Restoran Turki. Nasib baik jumpa setelah tanya dan mencari dalam 30 minit.

Kenyang sudah.

6pm
3. Gerak ke Tokyo Tower. Naik subway. So complete sudah train dapat naik kat Tokyo....eh belum..shinkansen tak sempat naik. Tengok Tokyo Tower malam2 cantik sangat. Sempat jumpa orang Malaysia yang cute lagi tapi lupa nak mntak fb dia.

My Itinerary - Tokyo 2011 Day#6

1. Kerana  kecewa barang yang nak dicari tak jumpa so nak pergi Roppongi. Pergi sorang-sorang setelah lukis map dan laluan train dari yani. Jumpa jugak memang sangat senang. Kat sini sangat banyak foreigner (mat salleh).

2. Alang-alang naik subway, terus pergi balik ke Tokyo Tower. Nak ambil gambar waktu siang pulak. Masuk aquarium dia tapi lebih mahal dari naik Tokyo Tower...so tak payah la masuk. Ada mini wax museum jugak..not bad.

3pm
3. Singgah Akihabara pulak dah alang-alang interchange @ Akihabara station. Waktu siang baru boleh nampak keelektronikan town ni. Mp3, mouse, kamera jual lambak je tepi jalan. Kedai Pachinko pun banyak. Ada macam-macam lagi juz kena pandai pilih dan tengok harga. Ada komik, miniature anime pun banyak (nak beli tapi terlupa). Jangan lupa singgah LAOX sebab salesman dia pandai cakap melayu sket dan peramah.

#Tips: kalau betul nak explore setiap pelusuk Akihabara, nak tengok yang unik, yang canggih, it is advisable to book for 1 whole day.


My Itinerary - Tokyo 2011 Day#7

Hari last di Tokyo. Malas nak buat apa-apa juz lepak dalam rumah sambil tengok tv Jepun. Flight malam dalam pukul 10pm. Ras rindu nak tinggalkan Tokyo pulaks.

Gerak dalam pukol 7pm lebih nak sampai awal. Lepas check-in beg yang tiba-tiba berat berjalan-jalan kawasan gerai cenderamata. Bila tengok harga lebih murah dari luar. Bila dah masuk gate, rupanya barang lagi murah juz tunjuk boarding pass je.

#Tips: Better beli kat dalam airport Haneda after  dah masuk gate, security check. Lagi murah. Nak beli moichi terlupa jugak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS