Ladies kat luar sana mesti selalu berjaga-jaga. Tanamkan dalam minda akan ada orang yang tengok gerak-geri Hawa. Waktu berjalan, waktu beratur naik bas, waktu di bank, waktu keluar memandu etc. Contoh-contoh ni lah yang banyak Hawa tak sedar. Bila semua nak cepat keselamatan diri sendiri boleh terlupa.
Ambil contoh semasa memandu. Berapa ramai Hawa yang bawak Handbag? Hawa dah memang dikenal dengan sifat suka membeli tu la sebab Handbag mesti sentiasa di sisi. Dalam Handbag tu la ada purse, handset, ipad etc. Berapa ramai Hawa letak Handbag atas kerusi sebelah pemandu? Tahu tak orang dari luar boleh nampak Handbag tu melalui tingkap.
Ambil contoh semasa berhenti di lampu isyarat. Yang paling dekat dengan kenderaan kita ialah motorcyclist. Golongan mana yang kita dengar dan tengok di tv dan surat khabar yang suka meragut? Bukan semuanya tapi sikap berhati-hati tu mesti ada. Pernah terjadi di simpang lampu isyarat, peragut pecahkan tingkap dengan helmet sebab nampak handbag sebelah pemandu. Sepantas kilat dia cabut. Yang pemandu ni termangu-mangu la. Nak buat apa? Tengah jem teruk dan pencuri tu dah lesap. Nak report polis? Berapa banyak kes ragut yang dapat jumpa balik beg dan barang-barang?
Konsepnya senang. Jangan buat sesuatu yang akan menarik perhatian orang lain.
- Jangan letak sebarang beg atas kerusi. Letak di bawah. Kalau boleh selitkan bawah kerusi lagi baguss.
- Jangan tinggalkan apa-apa beg pun semasa pemandu tiada dalam kereta. Walaupun tiada barang berharga, pencuri tu tak tahu pun. Dia akan usaha nak tahu dengan memecahkan cermin kereta.
oppss....nampak kasut DyaNz le plaks..eheh
2 comments:
sangat setuju!
Betul..betul..betull
Post a Comment
Comment plz