Kaum Hawa Berjaga-jaga !!

Ladies kat luar sana mesti selalu berjaga-jaga. Tanamkan dalam minda akan ada orang yang tengok gerak-geri Hawa. Waktu berjalan, waktu beratur naik bas, waktu di bank, waktu keluar memandu etc. Contoh-contoh ni lah yang banyak Hawa tak sedar. Bila semua nak cepat keselamatan diri sendiri boleh terlupa.

Ambil contoh semasa memandu. Berapa ramai Hawa yang bawak Handbag? Hawa dah memang dikenal dengan sifat suka membeli tu la sebab Handbag mesti sentiasa di sisi. Dalam Handbag tu la ada purse, handset, ipad etc. Berapa ramai Hawa letak Handbag atas kerusi sebelah pemandu? Tahu tak orang dari luar boleh nampak Handbag tu melalui tingkap.

Ambil contoh semasa berhenti di lampu isyarat. Yang paling dekat dengan kenderaan kita ialah motorcyclist. Golongan mana yang kita dengar dan tengok di tv dan surat khabar yang suka meragut? Bukan semuanya tapi sikap berhati-hati tu mesti ada. Pernah terjadi di simpang lampu isyarat, peragut pecahkan tingkap dengan helmet sebab nampak handbag sebelah pemandu. Sepantas kilat dia cabut. Yang pemandu ni termangu-mangu la. Nak buat apa? Tengah jem teruk dan pencuri tu dah lesap. Nak report polis? Berapa banyak kes ragut yang dapat jumpa balik beg dan barang-barang?

Konsepnya senang. Jangan buat sesuatu yang akan menarik perhatian orang lain.

  • Jangan letak sebarang beg atas kerusi. Letak di bawah. Kalau boleh selitkan bawah kerusi lagi baguss.
  • Jangan tinggalkan apa-apa beg pun semasa pemandu tiada dalam kereta. Walaupun tiada barang berharga, pencuri tu tak tahu pun. Dia akan usaha nak tahu dengan memecahkan cermin kereta.
oppss....nampak kasut DyaNz le plaks..eheh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kereta Nasional


Masa nak balik rumah, stuck dalam 'jem' pulak. Kalau kejap tak apa..ni lama gilerrr. Sangkut belakang lori bawak kereta pulak tu. Apa la nasibb.. Kalau kereta ni jatuh habiss la AGU DyaNZ. Tengok bontot kereta nasional ni buat DyaNz berfikir banyak benda.

Malaysia dah keluar banyak jenis kereta dan dah improvised dari segi rekabentuk dan teknologi.
Tapi, kenapa orang suka kutuk?
  • Sebab design or kualiti or teknologi?
  • Memang ada beza bila naik kereta nasional dan kereta import dari segi bunyi, kelancaran, etc.
  • Berpada la dengan harga kan?

Tapi, orang beli jugak kan?
Sebab apa?
  • Murah.
  • Itu yang termampu buat orang yang baru mula kerja.
  • Ada yang beli sebagai kereta kedua untuk bawak pergi pasar atau kerja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang yang suka pung pang mengutuk tu la yang banyak beli =)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panda..Panda..Panda..


Comeyynyerr diaa...

Sangat comell tapi sekarang dikatakan cuma ada 1 ribu lebih sahaja bilangan panda yang ada di China. Kesiann..dulu rasanya masa kecik-kecik ada banyak. Macam mana boleh jadi sikit ek? Teringin nak bela..eheh


Kelakar...

Kelakar dan comeyy dengan perut boroi. Boleh kung fu tuu..boleh jadi bodyguard DyaNz tiap kali nak pegi outstation ke kerja malam ke..*_*

Protective..

Sangat penting dalam menjaga keselamatan komputer atau pc atau laptop. Panda pun celik iT sekarang. Macam mana rupa Panda ni masa tengah main online Game ek..?

Dulu masa kecik-kecik, ada kawan ayah bawa balik patung panda dari China. Patung tu boleh gerak bila tepuk tangan. Akan berhenti bila tepuk tangan lagi sekali.

Mana nak cari sekarang ni ek?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Dah Tengok Filem Faster!

Kau ada..?

Entry sebelum ni ada cakap teringin nak tengok Muvie ni. So, agaknya bila asyik cakap dan buat muka seposen jek ada yang murah hati nak bagi tengok FREE...eheh. Ceritanya bermula bila tengok email di satu pagi yang sejuk. Keluar tajuk email tu, "Anda Telah Memenangi 2 Tiket Untuk Filem Faster". Macam tu la bunyinya. Mungkin jakun sikit la sebab tak pernah menang apa-apa sebelum ni. Excited jangan cakap la. Aku gagah la jugak ke KLCC isnin hari tu dengan Cik Ami Hani (dia memang sentiasa free). Cerite tu baru nak keluar Khamis ni 13 Jan 11 tapi aku dah tengok dulu..eheh. Cerita aksi yang boleh tahan. Tak rugi tengok lebih-lebih lagi bila FREE.

Hairan bila Driver kena tembak tak mati-mati.

Thank you ManggaAd =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

iCam - Webcam Video Streaming


Dalam Kosmo hari ini cerita tentang tuan rumah yang asalnya nak monitor anjing dia dari pejabat tapi ternampak perompak pulak dalam rumah. Dan lagi bijak si perompak tu tak pakai topeng sebab ingat rumah tu kosong. So, muka dia nampaklah terang tang-tang...nasib engkau la..dah kena tangkap pun.

Apa dia iCam ni ?

Hasil carian di itunes dia ada bagi penjelasan sikit pasal iCam.

'iCam allows you to remotely monitor multiple live video and audio webcam feeds from your iPhone, iPod touch or iPad over WiFi, 3G and EDGE.'

Kalu tengok review customer pulak ada yang kata ok ada yang tak ok. Means dengan connection wifi atau 3G atau EDGE je kalau orang tu ada skill lebih sikit dia dah boleh hack orang lain punya kamera atau video. Banyak yang concern on Security. Hanya guna username dan password sebagai authentication. Mungkin juga dari iPhone boleh hack kamera iPhone orang lain (banyak sangat tengok muvie tapi tak mustahil kan...). So, sesiapa iPhone user luar sana boleh comment sikit?

Idea applikasi iCam..hehe
1. Monitor anak surf internet/buat kerja sekolah dalam bilik.

2. Monitor orang gaji/baby sitter kat rumah.
3. Monitor girlfrenz/boyfrenz...macam mana ek??

Ada lagi ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makmal halal pertama di dunia

NILAI - Makmal Institut Halal Malaysia pertama negara yang bernilai RM27.3 juta yang berperanan sebagai pusat halal antarabangsa akan dibina di Bandar Enstek di sini tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, makmal berkenaan akan dijadikan pusat untuk menguruskan semua produk halal termasuk produk antarabangsa yang memerlukan sijil halal.

Menurutnya, makmal ini dijangka dapat meningkatkan kredibiliti dan keupayaan perkhidmatan pensijilan halal selaras untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai rujukan utama dalam pensijilan dunia yang diperakui oleh 23 negara lain.

"Makmal halal ini merupakan makmal yang pertama kerana sebelum ini kita menggunakan makmal di Univeriti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.

"Diharapkan dengan kewujudan makmal ini, segala urusan berkaitan dengan produk halal dapat dilaksana dengan lebih efisien," katanya selepas mempengerusikan taklimat pelaksanaan projek berkenaan di pejabat TH Properties di Bandar Enstek, Nilai di sini semalam.

-sumber Kosmo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siti di Alam Fantasi


Boleh tahan seronok. Tak rugi bawak budak-budak (walaupon dah besor panjang) ke istana budaya hari tu. Malam tu penuh panggung sari dengan ibu bapa dan anak-anak (masa tengah show nampak la mak yang kena bawak anak ke toilet..eheh). Kostum semua pelakon cantik. Stage pun cantik. Paling cantik bila ada lampu laser warna-warni dipancar atas stage (ingat laser ada waktu bola je ke..?). My soldier siap tanya lagi bila lagi ada show macam ni?


ramai orang naik tangga..!!!


semua keluarr..!!

check ink marker tu ada ke x...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya ingin menonton filem Faster!

Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......



p/s: best jugak nak layan hero dia yang macho tu..hehe ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS