SEDEKAH
Ada satu penceramah ni cerita,
Kenapa kita ni susah sangat nak bersedekah? Bila ada orang datang minta derma ka sedekah ka mesti kita cakap, "Nak minta sedekah lagi?" atau pun "Sibuk je datang, mintak la kat orang lain" dan sebagainya. Tapi kita jangan lupa, harta yang kita ada sekarang bukan milik kita...semua tu harta Allah..tu sebab bila ada orang nak mintak derma ka tak kisah la dia tu jujur ke tak jujur kena bagi la walau sikit pun...bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat dunia nih kalau kedekut sangat.
Saja je DyaNz nak ajak korang banyak bersedekah bulan Puasa nih..tak banyak sikit pun jadi la..Ramadhan pun dah nak abis..
p/s: Kadang-kadang tertidur masa dengar ceramah @_^
Ujian Ramadhan
UjianMu ini datang bertalu-talu
DyaNz takut tak dapat nak tahan lagi
DyaNz takut DyaNz tak kuat
DyaNz harus tabah
DyaNz mesti kuat
DyaNz tak nak susahkan semua orang
DyaNz tak nak sedih depan semua orang
DyaNz kena buat-buat kuat
walaupun sebenarnya kat dalam ni dah rasa macam-macam
Masa tu pukul 5 pagi..nak cal siapa pun dah blur..cal housemate mintak tolong datang..at the same time entah dari mana datang sekumpulan 'abang tow truck'..cepat betul diorang nih..effisien..eheh.
Kereta pun dah kena tarik..kena buat repot kat balai kena ceramah dengan Sarjan. Iyakan aje la..then pegi ke workshop nak setelkan insurans. DyaNz bawak :
1. Insurans certificate
2. Copy latest geran kereta
3. Copy IC, license
So far tu je yang diorang mintak. Tokey tu kata paling lama siap 3 minggu..so, DyaNz mintak cepat la boleh balik beraya..tapi nampak gayanya macam kena tunggu after raya jugaks.
Alhamdulillah, DyaNz bersyukur sangat tak luka kat mana-mana cuma benjol kat kepala, sengal badan sikit-sikit la. Nasib baik DyaNz memang pakai Seat Belt masa tu..kalau tak rasanya dah tercampak keluar ikot tingkap..kalau tak pun dah pecah kepala. So, korang wajib pakai Seat Belt masa drive!!
p/s: Tengah pikir nak balik kampung naik apa nih...@_^
ADIDAS FLUID TRAINER
Inginkan keselesaan ketika workout, aerobik, berjogging? Kalau exercise tu nanti tak da la kaki terasa cepat lenguh ka kejang ka. Malah bertambah semangat nak workout tak nak stop dah sampai tak ingat makan dan minum.
ADIDAS FLUID TRAINER adalah jawapannya.
Dengan teknologi FLUID MOTION bagi fleksibiliti maksimum dan keselesaan berpanjangan dah tentu la penting untuk bagi menjamin kecergasan beerkekalan.
Dah nama pun FLUID so dia macam cecair la. Bila pakai kasut ni nanti rasa smooth jer macam cecair masa workout tu.
Ada banyak ciri-ciri lagi tapi aku tak reti nak translate...ehehe. Nak tau lagi tengok la kat sini ADIDAS FLUID TRAINER
BERSENAM & DIET BULAN PUASA CARA DyaNz
Siapa kata bulan puasa tak boleh bersenam ?? Time tengah puasa ni la lemak senang terbakar tau kalau buat aktiviti yang boleh keluar peluh. Alasan kata penat la lapar la tak boleh pakai la.
Siapa kata kalau nak bersenam bulan puasa ni mesti kena pergi gym ke main tenis ke kena panjat bukit ke ?? Boleh jer kalau nak buat semua tu tapi jangan bagi alasan penat lepas tu terus bukak puasa lak.
Ada jer cara lain lagi senang, mudah untuk exercise. Ni cara DyaNz exercise bulan puasa..eheh yeah!! DyaNz way...
Parking kereta jauh dari ofis atau rumah DyaNz selalu guna cara ni sebab bila jauh kena jalan pun jauh jugak la kan. At least jantung kita bekerja la jugak dan kita berpeluh la jugak walaupun sikit. Bila berpeluh tu lemak pun terbakar la sikit. So, jangan la malas nak jalan time bulan puasa ni ek.
Pusing-pusing bazar Ramadhan Ni pun lagi 1 cara paling senang. Lagi bagus kalau pegi bazar ramadhan yang besar dan panjang gilerr. Selalu kita mesti nak survey dulu kan gerai ni jual apa gerai tu jual apa takkan nak main serbu terus je kot. So kita pusing-pusing la 2 ke 3 kali buat-buat cari kedai yang kita suka walaupon memang dah ada gerai favorite...eheh. Confirm berpeluh gak tu so ada la jugak lemak tebakar kan.
Catu Makanan Makanan kat bazar ramadhan ni la dugaan yang paling besar kan. Serbu gerai ni tengok ada roti john, serbu gerai tu ada ayam percik, serbu gerai lagi satu ada plaks cendol la kuih cara la karipap la...ehek. Tau-tau jer dah ada 4-5 plastik kat tangan kan. So, macam mana nak diet nih ?? Cuba la catu makanan yang korang beli tu macam hadkan nak beli 3 plastik je hari ni. Esok pun 3 plastik jugak. Makanan tu tukar-tukar la takkan nak beli semua jenis 1 hari beb. Puasa 30 hari tak lari la bazar ramadhan tuu.
Ni antara cara mudah yang DyaNz biasa buat la. Tengah cari jugak cara lain kot kot korang ada idea boleh share sama-sama..eheh. @_^
ACCIDENT!!
Minggu ni adik DyaNz accident dekat area roundabout nak masuk UKM. Yang paling sedih benda ni jadi sehari sebelum dia patutnya konvo Master dia. DyaNz dapat call jer terus bergegas ke tempat kejadian. Naseb baik member dia ada no DyaNz.
DyaNz sampai ke klinik sempat jumpa dia naseb baik ok sebab boleh bercakap lagi cuma kaki dia kejang so diorang nak hantar ke hospital nak buat x-ray. Pelik kan kat klinik kesihatan Bangi yang besar tak ingat tu tak ada x-ray. Siap staf kat situ cakap "ni la yang jadi bila rakyat diutamakan..."
Lama juga tunggu kat hospital sampai 10 malam baru boleh keluar tu pun adik DyaNz ni degil nak keluar jugak sebab nak konvo esoknya. Panjang pulak bercerita ni bukan apa just nak bagi guide/pesanan/amaran kepada siapa-siapa saja yang ada di kawasan berlakunya kemalangan.
Bila jadi accident mesti ramai orang akan berkerumun kat situ so tolong la kutip benda-benda penting mangsa macam wallet, handset, kunci, etc. AMARAN!! JANGAN SUKA-SUKA HATI KUTIP BENDA-BENDA NI LEPAS TU MASUK DALAM POKET SENDIRI. Handset adik DyaNz lesap bila dah ramai sangat orang yang kononnya ringan tangan. Tau tak susahnya bila semua no penting dalam telefon tu hilang wahai si pencopet.
Bila accident, selalunya ramai akan berhenti tepi jalan sebab nak tolong tengok. Kereta atau motor tu park la tepi jalan jangan kacau lalu lintas ok. Bagi driver yang tak nak stop tu jangan la pulak drive slow sangat sebab nak tengok dari dalam kereta. Tak nampak ke kereta kat belakang tu dah berderet panjang. Tak pasal-pasal jem teruk kat situ.
Jangan lupa report polis sebab nak buat tuntutan insurans kena ada report polis. Si mangsa yang kena buat laporan actually. Tapi kalau si mangsa yang tak boleh berjalan tu dan tersadai kat hospital tu nak buat report macam mana ek?
p/s: korang dah start beli baju raya?? @_^
CELCOM BROADBAND SEKARANG HANYA RM48 JERR!!!
Betull!! sekarang semua orang boleh subscribe CELCOM BROADBAND dengan hanya RM48 jer.
Kalau tak caya korang boleh tengok kat CELCOM BROADBAND SEKARANG HANYA RM48 JERR!!!
Korang yang study tu mesti selalu nak guna intenet kat mana-mana kan? Korang nak kena buat tutorial, assignment, tesis etc. Kalau nak guna intenet kat cyber cafe mahal la kalau duduk lama-lama kat situ. Kalau nak guna yang free kat makmal komputer la tapi kadang-kadang selalu tutup awal dan intenet pun slow. Bila ada CELCOM BROADBAND nih korang boleh surf internet, tengok youtube, reply komen kat facebook bila-bila jer. Kan senang tuu!!
Dulu kena bayar mahal-mahal tapi sekarang dah murah dah. Compare dengan korang yang selalu tengok wayang, karaoke, RM48 ni apa la sangat. So apa lagi, jom la serbu kiosk CELCOM sekarang!!
Awek tengah snorkeling
Dulu DyaNz ada cerita pasal pergi pulau naik bas 7 jam yang stop 2x je singgah toilet kan!!
Pengalaman ni tak boleh cari kat mana-mana la. So yang tak pergi rugi laa..!!
1st time snorkeling tuu..mesti orang yang dah memang selalu buat tu cakap DyaNz ni kecoh laa.
So what? kalau DyaNz nak kecoh pun...this is my blog anyway...my Konklusi!!
3 kali snorkeling dah memang penat...penat berkuak dalam air laut...tapi tak gerak-gerak...tu yang penat sangat tuu..hehe. Belum masuk bab kejar bot sebab terlambat bangun..bot last dah gerak pun actually..tapi sebab warga kerja Redang Laguna Resort yang baik hati, diaorang jerit ramai-ramai suruh bot tu patah balik amik DyaNz and the geng...ehehe. TERIMA KASIH.
Bila kasi roti kat ikan-ikan nampak comel sangat...kuasa Allah..warna macam-macam...ada panjang, pendek, bulat, bujur...ada gamat yang besar lengan...nak amik gambar tak ada kamera waterproof..so kena considered la for next trip...hehe.
p/s: kejar bas time nak makan nasi goreng cina sebab bas tu nak tinggalkan kitaorang..tapau makan atas bas @_^
DUA JENIS ORANG
Ada 2 jenis orang nih.
A. Jenis yang kena buat kerja dalam opis dan buat kerja managment.
B. Jenis orang yang buat kerja luar opis dan buat kerja teknikal.
Skop kerja A
1. Duduk kat opis dari pagi sampai petang, kadang-kadang sampai malam.
2. Mengadap file word, excel, powerpoint etc . tak terkecuali file audit. Kena buat dengan teliti.
3. Kena masuk meeting bila bos ada meeting lain atau pun sebab jadi bidan terjun sebab bos tak minat meeting tu.
4. Kena tembak dulu bila ada problem sebab orang ni jer ada kat opis so dia yang bos boleh nampak.
5. Menyiapkan kerja orang yang kerja kat luar yang sepatutnya kena siapkan dulu sebelum keluar.
6. Tiba-tiba kena buat kerja yang tak pernah buat sebab selama ni kerja tu orang yang kerja kat luar tu yang biasa buat, oleh sebab dia kat luar alasan tak ada internet.
Skop kerja B
1. Duduk kat site dari pagi sampai petang, kadang-kadang sampai malam.
2. Buat kerja teknikal, tarik menarik, panjat memanjat. Buat kerja berat la sikit.
3. Sambil buat kerja berat, kena jugak buat kerja opis sikit.
4. Masa kerja dan makan fleksible. Boleh makan/minum/smoke bila-bila suka.
5. Kena bertanggungjawab bagi semua kerja yang dilakukan, so mesti teliti.
A siapkan kerja ikut skop dia. B siapkan kerja ikut skop dia. Guna cara berbeza sebab nak siapkan skop masing-masing. Hasilnya untuk tujuan yang sama.
Tapi, sesetengah skop kerja je yang orang tengok macam bagus. Semua orang bertungkus-lumus sama-sama macam nak mati. Tapi, bila tak dihargai tu rasa macam tak berguna langsung pun ada, macam rasa tak buat kerja.
Takkan yang favorite je nak kena puji memanjang? tak jemu ke? sesekali tu puji la orang lain pulak...ucap TERIMA KASIH pun dah puas hati.
p/s: entry ni diluahkan secara telus...memang ada kena mengena dengan yang hidup dan mati @_^
Heppy Besday..Dillaz
Penangan kerja malam tadi masih terasa sampai sekarang. Celik mata dah 1.30 tengah hari ok. Kepala pening-pening lagi nih. Terus bukak tv dan laptop nak update blog sejak join manggaAd ni rasa lagi motivate terhadap blog ehehe. Check email harap-harap keja malam tadi tak ada problem.
Baca member opis punya email aka en Muced, alamaks waktu aktiviti berpoya-poya telah diawalkan!! Ayat yg berbunyi ;
Date : 5/8/2010 (Thursday)
Time : 8:00 – 10:00 PM
Venue : Superstar Karaoke, Alamanda, Putrajaya
Aku tak siap lagi macam mana? Siapa punya permintaan nih? Tak semena-mena dapat sms dari Dillaz offer nak tumpangkan aku. Yaayy boleh ajer.
Tengok tv, tertumpu pada 1 iklan produk kecantikan. Ayat dia berbunyi lebih kurang macam ni, "Pada mulanya saya benci wajah saya...bla..bla..bla.." Macam tak sesuai je ayat dia. Bila tak cantik benci bila dah cantik baru suka. Kalau tak cantik sampai bila-bila?
Dilla dah sampai. Time for karok. Di sini la tempat untuk geng kami melarikan diri sekejap dari suasana kerja yang tak pernah tak ada di samping meluahkan bakat yang ada atau tak ada buat-buat ada.
Rasanya macam-macam genre lagu dah dinyanyikan bersama dalam pelbagai cara. Ada rock, pop, soul, blues and nasyid pun termasuk kategori. Ada kategori solo, duet dan koir. Sebenarnya sempena nak celebrate besday Dillaz yang ke...?
Hyee KL..Bye Bye Kuching
Jejak je kaki di LCCT...terus terkocoh-kocoh nak balik rumah. Selalu boleh bersantai lagi kat airport tu tapi hari ni tak boleh. Dalam kepala ligat berfikir macam kipas kapal terbang merah putih yang aku boleh nampak semasa turun dari pesawat tu. Banyak perlu diingat tapi tak mahu mengenang anak kapal dan seisi kapal. Masa pergi dapat tengok pramugara yang 'charming' aku boleh katakan. Dengan senyuman yang sangat sweet, sesiapa saja akan cair lebih-lebih lagi DyaNz..ehehe. Saja je DyaNz tolak seat ke belakang sebab DyaNz tahu nanti mesti dia akan tarik balik ke depan before flight...ehehe. Kalau la setiap flight ada prince charming macam nih.
Tapi masa balik, ada kaum sejenis jek tak best langsung. Kadang-kadang kelakar aku tengok si flight attendant nih. Ada yang memang jenis komited dalam kerja, tak lekang senyuman di mulut. Ada jugak yang control cun, muka cengih, nak jalan mata melilau kat arah penumpang lelaki, jalan jek usap rambut...Auwww. Meluat pun ada ahaks.
Masih terbayang lagi apa yang dibuat kat sana. Nak cerita dari mana pun tak tahu. Tunggu lah bila 'mood' ni datang nanti.
Dah sampai KL, kena bersiap-siap. Naseb baek ada cik Sally ajak pegi minum aka dinner. Kenyang la sket sebab ingat ada orang nak kasi makan malam nanti. Malas nak isi penuh perut nih. Sekarang dah abes, semua dah balik. Tak da sapa nak bagi makan. Berbunyi-bunyi perut nih...uwaaaaaa