Hari Isnin ni tak sama..

Sudah 4 hari dia meninggalkan aku..

Selalunya tiap2 pagi sambil pergi keja boleh la jugak nak gelak2 sorang2 dalam keta dengar dia merapu...

Tapi, arini dah sunyi...

Ada member yang umah dekat Klang kalau nak pegi keja tiap2 ari selalu dengar dia merepek..pastu dia gelak sorang2 sampai mamat dalam keta sebelah tengok pelik..ahakss

Kalau drive jauh2 nak balik kampong ka nak pegi outstation ka kalau time pagi2 tu memang kelakar abes la..sebab ramai orang akan mulakan perjalanan pagi2...at least ada la jugak penghibur di saat kebusanan...

Ada member cakap bila aku cerita aku suka dengar dia merapu..member tu kata wat apa dengar dia..baek dengar radio panass...tapi apa aku kisah!!!...selera aku tak sama dengan orang lain...

Aku ingat lagi time nak pegi selatan sebab ada keja kat sana, aku bawak adeks aku sekali..on the way tu kami dengar dia bersawancara...kami memang gelak abess...sebab time tu kami tengah sedey ..kami pon penah hilang orang yang kami sayang...bila gelak..lupa semua benda2 sedey...

Tapi, dia sekarang dah tak ada...siapa nak bagi kami gelak supaya kami tak sedih lagii....

p/s: Al Fatihah kepada dia...Din Beramboi..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz