Ho Chi Minh City | we stayed at AVA Saigon hotel

We booked this hotel via Agoda. The rate is according to the date basis. The earlier we book the best rate we could get. AVA Saigon hotel ada sediakan service pick-up at airport to hotel tapi konon nak rate murah konon nak beli sendirian berhad. Masa mula sampai pening sebenarnya nak pilih teksi. Nak tahan tepi airport ke nak beli terus di kaunter ? To be safe beli kat kaunter. Terus kena 190 000 dong. Mahal kan ? Entah tak tau la mahal ke murah. Janji sampai hotel. Tak sure sebenarnya boleh tanya guna USD masa tu, sebab dah start pening. By doing this way, selamat sebenarnya. Confirm we all akan sampai hotel ikut jalan jauh ke jalan dekat ke. Sebab dah bayar.

Tips#9 - Sebelum pintu keluar airport, ada kaunter teksi. We chose Vinasun. Dan lepas bayar keluar airport pusing kiri. Ada staff Vinasun tunggu. Sebenarnya bayar kat teksi pun boleh pakai meter.

Sepanjang dalam teksi baru rasa berada di Vietnam yang sebenar. Hon setiap saat berbunyi. Orang di sini sangat sukakan hon. Semua jenis kenderaan di sini suka bunyikan hon tak kira teksi, kereta, bas dan motor. Driver bunyi hon macam nak cepat sangat tapi drive slownyerrr macam kura-kura. Dah nampak orang melintas di zebra line pun dia orang bunyikan hon jugak. Motif? No idea.

Map AVA Saigon Hotel ke Ben Thanh market. Dekat aje boleh jalan kaki.

Sampai ke hotel dalam lebih kurang 30 minit ke 40 minit tengok keadaan traffik lalu lintas. Mulanya kami tekejut bila staff hotel cakap nak pegang passport kami nak fotostat tapi will taje about 1 hour. Lama tuuu!! Gugup dan cuak so ada lah seorang kawan yang pandai dalam bab tanya menanya ni. Bila rasa macam tak selamat kami tak nak bagi passport. So staff hotel just bagi  form isi no passport dan nama. Senangkan!! Kalau dari mula macam ni kan lagi bagus.

Tips#10 - sediakan peta untuk rancang perjalanan dan tempat dituju. Kemahiran membaca peta juga adalah perlu bagi memastikan tidak tersasar perjalanan nanti.

Pakej hotel include sekali dengan breakfast. Setiap malam staff hotel akan tanya nak menu apa. Kena pilih dari list yang hotel sediakan. Macam biasa our menu was Bread + butter + jam and Bread + boiled eggs. Air pula white coffee + black coffee + tea. Dan paling seronok setiap pukul 7 pagi, ada orang ketuk pintu bilik dan bawakan breakfast kami. Pewwwwww.  

 Breakfast 1st Day

Bilik kami pilih Deluxe untuk 3 orang. Okay la saiz bilik tapi kalau dapat lagi besar lagi bagus kan tak rasa sempit (tapi nak bajet murah...pewwwww). Semua ok cuma iron tak boleh dalam bilik reason of electric consumption yang tinggi. Kena mintak staff hotel iron dan akan charge 8000 VND per piece...hmmmm??? Laundry di sini FREE bagi 1 set pakaian setiap hari sahaja...(bukan free sangat la ni).


2nd Day breakfast

the drinks

Tips#11 - Pilih hotel yang berdekatan dengan kawasan shopping seperti ben thanh market dan night market. Senang berjalan kaki dan tak perlu naik teksi. Tapi kalau dah penat atau hujan better la ambil teksi jangan seksa badan.

Tips#12 - jangan lupa bawak universal adapter untuk charging phone. Di Ho chi ming guna 2-soket mata bulat.

Semasa check-out bilik hotel, kami boleh timbang beg di lobby hotel. Dan kami ambil drop service di hotel dengan kadar 8.5 USD. Staff hotel ada bagi tau kalau nak datang lagi just email dan boleh dapat rate lagi murah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh City | SAIGON | Motorbike City

Gambar hiasan je naik yang murah je

Selamat sampai di bandar Ho Chi Minh kali pertama pada 2 October lepas. Tiket kami booked tahun lepas bila Air Asia buat SALE. Plan asal hanya akan ke Ho Chi Minh selama 3 hari 2 malam tapi selepas flight reschedule kami tambah 1 hari. Dan Alhamdulillah dengan penambahan 1 hari tu kami mempunyai banyak masa untuk explore bandar Ho Chi Minh ini. Bila Air Asia buat SALE biasalah mesti berduyun-duyun yang booked flight. So for sure masa nak drop baggage tu akan berduyun-duyun jugak la orang beratur lagi-lagi ke Ho Chi Minh because of the reason to shop as expected. Tapi agaknya Air Asia tak pandai bajet ke atau nak cut cost sangat ke bila drop baggage untuk 4 negara dikumpul sekali dan buka 2 kaunter sahaja....phewwwww.

And of course la orang tak kira pukul berapa flight dia lambat or dah nak dekat, dia orang nak drop baggage jugak. And because of that we almost missed our flight when it was 30 minutes before the departure and 10 minutes before the gate to close and we were still in the middle of the long....ggg queue. Just then baru lah Air Asia nak buka lagi 1 kaunter....phewwww.


Motor yang banyak. Ada lebih kurang 5 juta motor di vietnam. Bayangkan jika 5 juta motor ni bergerak serentak setiap pagi?


And we really annoyed with the staff at drop baggage counter. She was laughing when i said, "sorry...?" because of her fluent english was so damn fast and i was hardly hear every word she was saying....huh. The reason i'm asking is to ask her to repeat again. Then she translated it in Malay because she think we did not understand english at all....phewwww.


Kata orang bas paling murah tapi tak try

Teksi Vinasun. Kalau dilihat ada sesetengah kawasan ialah kawasan jajahan company teksi.


1st time in Ho Chi Minh city, rasa terkejut yang banyak sangat. Kat sini boleh terima USD, RM and VND. Kesimpulan kami, lebihkan duit USD dan RM sebab kalau convert duit RM, guna USD lebih untung tapi masalahnya bila kita bagi duit USD and dia orang tak ada duit kecik, dia akan bagi dalam duit VND. Kat situ dah rugi. Tapi memang selalu pun tak ada duit tukar dia orang pun bagi la duit VND...penipu kan. Kalau dia dah siap-siap letak harga RM lagi bagus sebab kita akan compare dengan USD so tak pening kepala. Just pecahkan duit siap-siap. Kami silap sebab dah tertukar duit VND dari Malaysia so nak tak nak kena habiskan jugak. Boleh buat bayar teksi, makan, beli air mineral, beli cenderamata kecik sebab yang besar untung guna USD.

We used:
USD - hotel, delta mekong tour, chu chi tunnel tour, telekung, t-shirt, kain cotton
RM - telekung, tudung.
VND - fridge magnet, kedai makan halal, air mineral, hard rock cafe, souvenier kecik


Ada basikal jugak melintas sekali. Sekali lampu hijau semua simpang jalan serentak. Macam mana tu ?

Tips#1 - Melintas Jalan di Ho Chi Minh
Tengok kanan tengok kiri tengok depan dan tengok belakang....hehe. Tak percaya? Try sendiri nanti.

Tips#2 - Waktu di Ho Chi Minh lewat 1 jam dari waktu Malaysia.

Tips#3 - Sediakan duit tukar sebanyak mungkin. Kadang-kadang driver teksi tak pulangkan baki...penipu betul. Bila beli dalam USD orang kedai bagi balance dalam VND. Kira-kira balik rugi banyak..penipu lagi.

Tips#4 - Jangan senyum sangat dengan penjual sebab dia orang akan aim kita dan tekan harga dan tak nak turun harga. Dia orang pun kalau jumpa kita memang tak senyum langsung. Sombong betul. Kalau kita tak beli lagi masam muka dia dan siap marah lagi.

Tips#5 - Kalau niat nak tengok dan survey jangan duduk bila di offer kerusi sebab in the end akan terbeli di kedai tu.

Tips#6 - Kena jadi hati kering masa nak minta murah betul. Kalau tak dapat jugak sila blah dari situ. Tapi bila sendiri nak minta murah bukan senang rupanya. FAILED teruk la part ni. Sebab dah penat siang jalan-jalan bila malam nak minta murah tu macam rasa buang masa pun ada. Sampai satu masa dah tak kisah dah.

Bukan semua orang Vietnam sombong dan penipu. Macam pekerja Hotel AVA Saigon sangat baik hati dan murah dengan senyuman. Tak ambil hati dengan kerenah kami yang banyak tanya. Siap hantar breakfast ke bilik tiap-tiap pagi. Tour guide pun ok sentiasa ramah dengan semua orang. Lagi 1 polis yang pakai baju hijau, tolong kami lintas jalan :) dan tolong tunjuk jalan ke Post Office.

Tips#7 - Kedai makan Halal ada banyak juga dan majoriti mahal lebih kurang RM30 per person. Prepare duit siap-siap.

Tips#8 - Guna teksi Vinasun sebab starting harga lebih kurang 11.5 x 1000 Dong. Tapi kalau dia nak tipu bawak ikut jalan jauh terpaksa terima jugak. Penipu lagi...haha.


bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permohonan Kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2013/2014

Bagi pelajar Form 5 sekarang boleh memohon untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2013/2014. Borang boleh diisi secara online di laman web portal rasmi kementerian pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.

Di muka depan portal pergi ke ruang bawah sekali > e-PERKHIDMATAN > BERKALA

Akan keluar paparan muka baru.


Pelajar boleh isi borang, semak permohonan dan lain-lain.
Good Luck!!! 

SPM lagi 36 hari lagi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY : Pola Baju Kurung Kedah Opah

my first handmade baju kurung kedah



Cubaan pertama menjahit baju kurung kedah untuk opah. Pola dia senang je sebab tak ada pesak dan kekek. Lebih kurang macam jahit tegak je. Senang ye?? Senang tak senang ada la nak dekat 10 kali jahit tetas balik. Bab cantum lengan yang sangat mencabar dan ambil masa lama. Bila jahit ada yang tak sambung.  Dah sambung senget pulak. Dah tegak tertarik pulak kain masa jahit. Mana tak jahit tetas nak dekat 10 kali.

my 2nd handmade baju kurung kedah



Nampak gaya kena berguru lebih ni.  Guru-guru saya ramai boleh google je di internet. Guru yang paling saya banyak ambil ilmunya dari blog http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/12/pola-kurung-kedah.html. Banyak tips menjahit, pola baju yang Kak Surtima letak dalam blog dia. Info yang sangat berguna untuk tukang jahit amatur macam saya ni. Di samping tu Kak Surtima juga mengambil tempahan secara online. Customer hanya hantar kain dan ukuran badan ke alamat Kak Surtima di Johor. Nak tahu detail boleh pergi ke blog http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melawat Menara Alor Setar


Menara Alor Setar juga berfungsi sebagai menara komunikasi 

Pergi waktu malam Nampak lampu menara Alor Setar dari jauh warna kebiru-biruan. Di perkarangan bawah menara terdapat taman permainan kanak-kanak. Dapat dilihat ibu bapa membawa anak-anak bermain di taman permainan ini. Waktu dah pukul 9.30 malam, sempat ke lagi ni nak naik ? Pergi tanya kat kaunter akak tu cakap tutup pukul 10 malam. Ok lah tu. Jum naik..hehe.

Tunggu lif atas turun sebab ada 2 lif tapi 1 lif tengah rosak. Ada restoran juga kat atas tapi malam dah tutup. Kalau tengok iklan tepi jalan, ada promosi buat majlis perkahwinan di atas menara Alor Setar...woahh glemer u. Tingkat yang lagi 1 tempat semua orang tengok pemandangan. Dari atas boleh nampak lampu jalan, lampu kereta. Cantik jugak. Jalan punya jalan dah cukup 1 pusingan. Ok dah pukul 10 malam pun jum balik !!!. 


Ada kedai tapi malam dah tutup

suasana malam bandar Alor Setar

papan pameran


The replica


GPS :  6°7'27"N   100°22'2"E

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS