Sukaneka kanak-kanak sempena Family Day

Apa contoh permainan yang boleh dijadikan sukaneka kanak-kanak?

Kanak-kanak ni budak kecil tak sesuai nak bagi permainan sukaneka yang kasar sangat.
Dalam kepala ni ada la terbayang jenis mainan yang biasa orang main.
(AJK mainan kanak-kanak kena la pikirkan mainannya..)

Contohnya;

  1. Lari berganti dalam kain pelikat
  2. Kutip duit dalam tepung
  3. Permainan berkaitan gelung



 apa namanya ni ?

tarik buah kelapa dengan gelung tapi kes kali ni sebab kanak-kanak guna bola je la

4. Permainan berkaitan guni...(my favorite)
berlari dalam guni

Tarik guni macam tarik upih kelapa sikit

5. Permainan berkait dengan bola
kepit bola sambil junjung barang..yang ni macam unik sikit 

jalan kepit bola juga

6. Acara favorite kanak-kanak, kutip gula-gula


Yang lain;
7. Getah dengan straw
8. Bawak bola ping pong dalam sudu

Nak yang mana?

Tak cukup jugak ??

Jum la beli buku panduan permainan sukaneka untuk kanak-kanak =)


(errr...ada bajet lagi ke???)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potong Kain

Potong sini Potong sana
Kasi potong banyak sikit

Lepas potong kita cantum dia


Corak dia pelik la???



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jahit Lurus

Kalau orang lain bertungkus-lumus belajar saya pula bertungkus-lumus menetas kain :).
Baru-baru nak biasakan diri dengan mesin jahit ni. Kadang-kadang rasa macam nak give up pun ada.
Ada masa benang sangkut, ada masa mesin yang sangkut. Dah elok jahit straight tiba-tiba senget ke tengah. Kena tetas semula dan jahit semula bagi lurus. Hasilnya setelah 10 kali tetas baru  dapat jahit tegak :D.

Nak bagi lurus ni pun dah makan berhari-hari. Perlu gigih lagi !!


Dah lurus, cuba jahit tepi tengkuk pula.
Hasil jahitan 1st timer.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amarind Thai, Mid Valley

Ada orang belanja makan kat Amarind Thai, Mid Valley. Saya suka semua yang berkenaan tempat ini. Suasananya dan makanannya. Semua saya suka. Pergi banyak kali pun tak mengapa (kalau ada orang belanja lagi la..).
Makanannya jenis Siam punya macam nama dia la Amarind Thai. Cuma kali ni pergi tempat ni dah berubah wajah sikit. Tapi lauknya masih 'the best'. Kami order ikan stim, kerabu mangga thai, dengan ada lagi yang tak reti sebut #_#. Menambahlan selera lagi bila saya order pencuci mulut yang sangat 'marvellous' 'voila' dan boleh sebut lagi dalam pelbagai bahasa yang membawa maksud yang sama. :)

Sejak-sejak ni suka makan manis (BAHAYA!!) Berat pun naik :(


 Aiskrim dan pisang ---> sedap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chakri Palace Alamanda

Vendor belanja makan di Chakri Palace, Alamanda.
Sebab dah biasa makan di Penang Village sengaja nak tukar selera pulak.
Kena pulak hari tu hari vegetarian dia. Dia kata nak order buah je.
Kami ni order la ikut suka hati sebab tak pernah makan lagi kat sini.
Cuma pernah dengar review orang makanan kat sini memang tak sedap (bahasa direct).
Sekali sampai makanan yang di order, nampak tak selera sangat walau sabar menunggu (orang tak ramai pun time tu)
Asal boleh telan jadi lah. Ditambah pula dengan silap hantar order lagi la menjadikan tempat ini akan di 'banned' #_#.


 Spaghetti kacang hijau ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS