Huaqiang Bei | kena tipu dah

Huaqiang Bei

Kawasan elektronik yang popular di Shenzhen. Terletak di Huaqiang Road kalau naik subway. Tak jauh dari Dongmen pun. Kejap aje dah sampai. Kawasan bangunan kat sini lebih kurang kawasan Low Yat dan Sungei Wang. Setiap level dah macam kilang elektronik. Segala jenis komponen elektronik ada di Huaqiang Bei. Dari sekecik-kecik barang seperti kapasitor hingga lah ke sebesar-besar motherboard. Sebuah komputer riba 'laptop' yang lengkap boleh dibina hanya dengan membeli setiap jenis komponen di Huaqiang Bei. Paling tak tahan bila sticker intel, amd ada bergulung-gulung kat setiap kedai. Bila nak jual laptop nanti tokei kedai lekat sticker tu so akan nampak original sikit. Gajet elektronik kat sini pun boleh tahan 'canggih' contoh macam ipad 5 la, iphone 6 la. Pendrive sampai 500GB pun ada.


SEG electronics

Staff tempat belajar tu pernah cakap contoh simptom dah kena tipu bila beli barang bawak balik rumah tak boleh guna. Memang terjadi kepada diri sendiri akhirnya. Nampak pendrive comel *_* (dah pesan jangan beli tapi gatal mata kan). Mula-mula nampak 2GB lepas kena goreng sikit up ke 4GB tapi masih di bawah pengaruh gorengan mamat cina tu, ambil yang 8GB. Mintak dia test kat pc (nak comfirm supaya tak kena tipu..ceh) nampak la kapasiti dia 8GB. Yang menjadi isu bila tak test applikasi pendrive tu :(. Sampai bilik hotel   baru sedar format word ke ppt ke excel ke tak support. Boleh support gambar je tu pun sangat lah lambat macam semut nak transfer. Rasa macam bijak nak format tapi corrupt pulak. Akhirnya tak boleh guna langsung dan jadi hiasan keychain gantung kat beg ..huh ^_^

Sekian.


Hujan waktu ni, nasib ada laluan berbumbung nak ke subway balik hotel.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Culture Village | Shenzhen

Hari Sabtu kumpul depan hotel. Bas akan bertolak tepat pukul 1pm. Sehari awal dah dibagi tahu.

Tapi, biasalah kalau dah biasa lambat tu lambat la jugak walau berada di Shenzhen. Mesti bengang orang Nepal tu kena tunggu kitaorang. *-*
Yang si 'tour guide' Sara siap perli lagi. Ada kitaorang kisah ? tak pun. Dah sampai patut ikut 'tour guide' Sara tapi nak buat hal macam kat negara sendiri jugak. Degil kan ? Haha... Kena tinggal kat belakang dah biasa dah. Lambat 15 minit untuk 1 show kuda perang sebab syok sendiri bergambar. Nasib show ke-2 tak tertinggal. Show ke-2  ni malam dan memang gempak habis.

Awal-awal sampai seronok betul ye. Tangkap sini Tangkap situ.  Segala benda nampak nak ditangkap gambar. Baru separuh hari bateri pun drain. Padan muka !

Si 'tour guide' Sara ni cerita dia dah 3 tahun jadi tour guide. Dalam seminggu dia akan bawa tourist 2 kali ke Culture Village. Di samping mata nak tertidur dalam bas, Sara cerita pasal sejarah Shenzhen. Shenzhen ni baru 30 tahun dan merupakan antara bandar yang terbaru dan agak moden. Populasi Shenzhen sendiri melebihi jumlah rakyat dalam Malaysia. Terdapat 56 komuniti di China. Dan majoriti adalah suku Han. Selebihnya Sara banyak bercerita pasal nombor, oleh sebab kepalaku susah nak mengingat nombor maka melayan perasaan je la di tingkap bas.

suasana di pintu luar

 peta culture village
Ada monorail lagi




pintu masuk

 Bas kami? ye ke?
Berkerumun orang Nepal ni

Kalut baca peta

Berebut tangakap gambar 

Tangkap lagi





My Love..?

Kelas


Pertunjukan 

9 naga

Replika Great Wall



Great Warrior

Horse War



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah di Luo Hu | Hati mau kering

Luo Hu tempat shopping jugak :)

Lokasinya di sempadan ke Hong Kong (naik keretapi atau bot) menyebabkan Luo Hu jadi tumpuan ramai orang.

kawasan luar bangunan Luo Hu
Yang bangunan kat tengah tu hotel Shangri La
Yang ni stesen subway


Barang-barang di sini memang 'branded' dalam kelasnya tersendiri.
Banyak jenama terkenal boleh dijumpai di Luo Hu seperti LV, Gucci, Coach, Prada, Mulberry, Burberry dan macam-macam la. Jenama-jenama ni terdapat dalam bentuk beg tangan, purse, wallet, belt, handphone case, jam tangan dan macam-macam.


Banyak nyerr...nak beli tak nak beli


Ada tingkat jual kain. Kain cotton, kain silk, kain alas meja, kain langsir, kain pashmina dan kot pun ada. Kat sini boleh bawa contoh gambar  design baju yang berkenan, cari kain yng berkenan, dan boleh cari tukang jahit yang berkenan. Semua lengkap dalam 1 tingkat je. Ada tingkat jual baju budak, jacket kulit, jacket pashmina, t-shirt, seluar. Tingkat lain pulak jual barang antik, teh cina, mainan, elektronik dan beats. Kami merasa minum teh cina dan rasa ada yang ok ada yang perit.



Kat Luo Hu baru dengar pasal beats ni, sangat lah popular orang mencari 'imitate' beats kat sini. Ada sampai nak bergaduh pun ada sebab nak murah punya pasal. Bila dah kena kepung tak boleh nak keluar dari kedai so terpaksa la berusaha habis-habisan mintak kurang.



Sesetengah kedai dalam Luo Hu ni bila tanya harga sekali terus paksa beli sampai kejar keluar kedai dan bila nak turun escalator pun tengok ada kat belakang lagi. Perghh..mencabar juga shopping kat Luo Hu.



Ada lagi 1 cerita, 3 orang ni kena approach dengan mamat cina ni. Dia cakap nak beg, kasut yang murah datang la ke warehouse luar dari bangunan Luo Hu ni. Lebih kurang 2 minit je dari Luo Hu dia cakap. 3 orang ni pun ikut la nak murah punya pasal. Berjalan punya jalan, dah nak dekat 20 minit rupanya baru sampai. Menjijih la peluh dah la tengah musim panas waktu tu. Sekali dah sampai, kawasan tu macam rumah flat. Bila masuk penuh rumah tu dengan bilik dan bilik air dia sekali ada barang. Setiap sudut diletaknya barang. Inilah kot yang dipanggil 'warehouse'. 3 orang ni ambik mana yang patut nak borong untuk wife dan untuk diri sendiri. Sekali kena 6,000 yuan, ada yang kena 4,000 yuan. Terkejut la 3 orang ni, terus buat mesyuarat dalam bilik air sambil 'berasap' nak fikir strategi. Kelaur je dari bilik air dengan yakinnya terus nak keluar dan terus la 'amoi' tu tanya berapa best price nak letak. Sekali dah tanya memang letak paling rendah kot. Berangin la jugak amoi tu tapi 3 orang ni berani letak sampai 1,500 yuan ke 1,000 yuan. Hebat! Hebat!
Okey la tu dapat handbag, beg laptop, kasut, wallet etc dengan harga macam tu.
Janji hati mau kering bila di Luo Hu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dongmen

Dongmen terkenal sebagai tempat membeli-belah. Semua kedai adalah tempat 'shopping' bila berada di Dongmen. Terdapat jugak kedai makan dan restoran di Dongmen.

10 malam di Shenzhen, 10 malam jugak pusing Dongmen. Tapi masih jugak rasa tak habis pusing ;p.
Bila dah berjalan dan nampak macam-macam, nafsu ni pun rasa macam nak borong semua. Tambah pulak duit kita lebih separuh duit dia lagi la rasa galak nak membeli.

Masa tu RM100 = CNY 206. =====> murah la jugak kan !!

Tapi ingat!! Kawal nafsu tu...

Cuma ada problem sikit, saiz kat sini kecil dari saiz kat Malaysia. Kalau XL dia kadang-kadang nampak macam S kita pun ada. Skirt, baju maxi banyak dan macam-macam fesyen. Tapi senteng kainnya tak dapat lah saya membelinya.

Lagi satu, bukan di Dongmen saja tapi di semua daerah di Shenzhen ni, mesti kena Tawar Tawar dan Tawar. Kena belajar jadi mulut manis sikit. Mungkin di Dongmen nak dapat harga paling rendah susah sikit sebab harganya dah memang dibuka rendah. Tak salah cuba mana tau dapat murah. Harga murah hati pun suka. Kita happy orang kedai tu pun happy!!!














Ramai orang kan. Waktu ni malam weekdays. Dan setiap malam ramai macam ni. Cuba bayangkan kalau malam minggu.







p/s: gambar malam sebab dapat jalan malam-malam je





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS