Ada apa dengan Bukit Tinggi ?


Ada apa dengan Bukit Tinggi ?

Ramai recommend Bukit Tinggi seronok, sejuk, nyaman, bla bla..
Tapi rasanya tak sama pun dengan apa yang orang lain cakap bila pergi sendiri ke Bukit Tinggi.
Tak sejuk dan nyaman pun. Panas terik ada la.
Dengan makanan yang mahal gilerr.
Bila pergi ke Japanese Tea garden ingat dapat la tengok teh jepun ka or merasa pakai kimono ka.
Tapi bila sampai, daun teh pun tak nampak. 
Yang ada hutan dan taman yang rasanya boleh pergi tengok kat Bukit Cerakah Shah Alam.
Nak pakai kimono kena sewa rm20, bila tengok kain cotton yang dah pudar kaler warna dia.

Cukup!!
Tak nak pergi  Bukit Tinggi dah lepas ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tune Hotel Kuching

Stay di Tune Hotel Kuching

1st time stay Tune Hotel Kuching.
Biasa duduk di Dormani n Harbour View.

Kenapa suka Dormani Hotel ?
Dekat dengan tempat makan Raja Ayam Penyet + lele penyet yang bukak sampai pukol 11 malam.

Kenapa tak suka Harbour View ?
Toilet tak ada host pipe..huhu.

Tune Hotel ni ok sangat ke?

  • Ada TV 32"....hehe
  • Boleh la kalau compare dengan standard budget hotel.
  • Kalau nk stay 1 malam aje memang ok la ambil bilik kecik pun.
  • Harga selepas tambah macam-macam pun boleh tahan jugak.
  • Rupanya booked online lebih murah compare to walk in.
  • Tapi kena ada Credit Card ok.

Tips nak stay Tune Hotel:
  • Booked awal sebab lagi awal booked
  • Bawak towel + toiletries sendiri.  
  • Tak payah ambik pakej air cond pun  tak apa, dah ada kipas  syiling

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potassium Iodide boleh neutralkan radiasi?



Kenapa Potassium Iodide tiba-tiba jadi sebutan?

Kenapa Potassium Iodide? Dan tiba-tiba jugak semua orang beli dan makan garam. Tiba-tiba juga garam habis dijual di kedai. Di sebuah bandaraya China, rakyat panik bila dapat maklumat tentang Potassium Iodide ni. Semua orang berpusu-pusu nak beli garam. Dan harga garam melonjak ke 20 kali ganda. Mengikut info yang mereka ini dapat, garam dapat meneutralkan radiasi nuklear.

KI

Kata kawan yang belajar kimia, Potassium Iodide (KI) adalah sejenis garam putih. Garam dalam istilah kimia = Kalium. Tapi KI pun garam juga ke? Bila tengok dalam segmen SoalJawab di TV3 ari tu, prof dari UKM cakap pil Potassium Iodide boleh neutralkan radiasi dalam badan.
So, boleh dibeli di mana kat Malaysia? Farmasi ada jual? Dan boleh dibeli tanpa recommendation doctor?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kagum dengan rakyat Jepun

Disiplin rakyat Jepun

Ramai yang kagum dengan semangat rakyat Jepun yang dilanda tsunami.
Ramai yang bercerita kepada saya apabila berlaku gempa bumi yang kuat dengan skala richter 9.0 itu, rakyat Jepun masih lagi bertenang dan kekal dengan sikap disiplin mereka itu.

Selepas berlakunya kejadian tersebut, semua bekalan makanan, elektrik terputus. Dan apabila bantuan datang, rakyat jepun masih boleh beratur panjang dan senyap sambil menunggu giliran. Ketika itu juga, kedai-kedai di sekeliling sudah pecah tapi tidak ada pun rakyat Jepun yang mencuri barang-barang kedai secara terang-terangan.

(walaupun ada sikit la kot tapi tak macam di setengah tempat bila berlaku aje bencana, terus pecahkan rumah, pecahkan kedai nak ambik semua yang ada. Bila bantuan datang, bertolak-tolak nak rebut)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Why JAPAN ?

Otak aku sudah berputar-putar macam pusaran air laut tsunami kat Jepun.
Rasa nampak bintang-bintang pun ada.
Banyaknye benda nak kena pikir.

#1- Scheme Allowance for Technical
Mulanya ingat bila apply ni tak yah risau nak jadi Mgr or tak. Tak naik pun tak apa. Gaji akan naik sekali dengan kepakaran teknikal tu. Terpikir akan ada training untuk beginner. Tapi bila baca balik, rupanya nak mansuhkan MCI. Dah sah-sah MCI utk orng yang suka kumpol sijil. Yang baru nak apply ni mestilah lebih kurang sama. Aku dah dapat rasa tak akan ada peluang la ni. Sijil pun ada satu je. Dah nak expired pun akhir bulan. Agaknya memang aku tak ditakdirkan ke arah tu kot. Ada aje problem yang akan menghalang. Dah malas nak mengharap.

#2- JAPAN yang dilanda TSUNAMI
Yang ni lagi pening aku pikir. Setiap masa memikirkan pasal Jepun. Dengan ancaman radiasi nuklear yang bocor di Jepun tu akibat gempa dan tsunami. Orang lain dah buat spekulasi radiasi tu dah nak terbang ke Malaysia. Ada yang kata tak bahaya sangat. Tapi dalam paper cakap keadaan di Jepun dah sangat bahaya. Tapi tak bawak balik pun budak Malaysia. Aku ada member dan sepupu kat sana. Apa la khabar mereka sekarang agaknya. Dan yang paling terkilan ialah aku dah beli tiket low fare Air Asia ke Jepun seminggu sebelum tsunami melanda Jepun. Sangat lah kecewa sekarang ini. Kenapa la Jepun yang kena dalam banyak-banyak negara. Dan kenapa la jadi tahun ni, kenapa tak jadi tahun lepas waktu aku tak nekad nak pegi ke Jepun. Sakit kepala. Sakit kepala!! Yang ni pun maksudnya aku tak ditakdirkan ke sana la tu.

Air Asia tak ada buat refund ka?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS