P.S. I Love You

 

P.S. I Love You
Genre : Romance
Ditulis oleh Cecelia Ahern. Siapa Cecelia Ahern? Dilahirkan pada 30 Sept 1981 di Dublin, Ireland. Banyak buku yang telah dihasilkan oleh Cecelia Ahern. Antaranya Where rainbows end (buku kawan my sister) , thanks for the memories ( baru beli nak buat collection). Cecelia Ahern juga merupakan penerbit rancangan Samanta Who?


Buku ini sudah lama keluar dan mungkin sudah dicetak banyak kali cuma saya saja baru berjinak dengan buku ni...hehe. Buku P.S I Love You ini juga telah dijadikan filem
pada tahun 2007. Saya juga telah menonton filem p.s i love you ini namun olahan cerita berbeza as expected. Tidak sama rasanya bila baca buku ni sendiri. Walaupun gandingan charming actor seperti Gerard Butler dan beautiful actress Hilary Swank, tapi masih tak sama dengan watak sebenar Holly dan Gerry.

Apa yang menarik tentang buku ni ?
Mengisahkan Holly kematian suami tercinta Gerry disebabkan brain tumor. Tidak lama selepas kematian Gerry, Holly terima surat yang perlu dibuka mengikut bulan. Isi kandungan surat memerlukan Holly menurut apa yang dikehendaki oleh Gerry. Dalam masa yang sama Holly merasakan Gerry masih ada di sisinya dengan membaca surat-surat tersebut. Yang lebih menarik, di akhir setiap surat Gerry akan menulis P.s I Love You....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 | cadangan waktu perjalanan dari PLUSmiles

Terima email dari PLUSMiles sempena Hari Raya Haji 2012. Mula malam ini dan esok merupakan waktu paling genting untuk pemandu yang akan pulang ke kampung. Sama la saya...phewww. Plan nak balik malam je terus tapi kerja pun banyak. Kereta pun tak basuh, tayar tak pam lagi...phewww. Alamtnya balik pagi esok la. Tak apa lagi pun tengah menunggu nak cukupkan ahli kumpulan nak balik sekali. Boleh la kongsi kereta dan dapat kurangkan kesesakan jalan kononnya la...haha.

Apa kata rujuk cadangan waktu perjalanan yang disediakan PLUSMiles ni. Harap dapat bantu dan selamat sampai ke kampung ye. 

Berhati-hati di jalan raya.


cadangan waktu perjalanan





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Samsung galaxy note 2



Kawan  si cikgi di Miri sangat menanti-nantikan samsung galaxy note 2. Bila dah sampai terus beli hari tu juga. tersenyum keriangan dia ;) Aku sempat berposing la dengan this samsung galaxy note 2 ni. nak beli sendiri tak mampu...huhu. Performance sangat ok dan speed laju. Design nampak cantik. So far bateri boleh tahan 1 hari dengan penggunaan share wifi, tangkap gambar, surf internet..

Kesimpulan, kalau rasa betul-betul berguna bolehlah beli. Kalau tak perlu tak payah beli. Harga dalam 2k lebih jugak. kalau berkemampuan pun ok jugak kalau nak beli dan untuk reward diri sendiri pun tak salah nak beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Miri yang tenang

Sepanjang hampir seminggu di Miri akhirnya tiba masa untuk balik.
Rindunya rumah. Sekejap betul rasa dah 1 minggu. Setiap hari berulang alik dari Mega Hotel ke tempat kerja yang berdekatan dengan Imperial Hotel. Plan asal nak menginap di Imperial Hotel tapi fully booked sebab lambat nak book...huhu. setiap hari berjalan kaki rasa macam dah kurus (nada perasan). Tinggal di Mega Hotel ni selain dari breakfast dia yang lain rasanya average. Setiap hari nak pergi kerja semasa melintas jalan tersangat kurang dengar hon. Bila tengok penduduknya sangat tenang semasa bawa kereta.
Jangan sangka susah nak cari tempat makan halal di Miri. Jika dibandingkan dengan Kuching yang sangat besar dan memerlukan kenderaan untuk ke tempat makan yang popular. Di Miri boleh berjalan kaki saja jika hendak ke tempat makan.

1. Madlis
Ada satay daging yang sedap, mee kolok dry with roasted chicken, mee jawa sp tapi agak mual sebab campur mashed potato. Chicken chop biasa je rasa.
Lokasi : bertentangan Imperial Hotel

2. Muara restoran
Ada lelapan keli, sotong, ayam,tenggiri,ayam penyet. Mengikut kata kawan restoran muara antara yang sedap lelapan. Sempat makan di 2 cawangan.
Lokasi : sederet Imperial Hotel

3. Sepanjang jalan depan Mega Hotel ada restoran Serai Wangi. Nampak ramai yang makan. Chicken wing pun ada. Tapi biasa lah tempat yang dekat tak nak singgah. Jual mahal.
Mengikut kata kawan yang posting di sini, jarak sekolahnya dari bandar Miri lebih kurang 1 jam perjalanan dengn kereta. Perghhh..tu pun dikira paling dekat dengan bandar Miri. Ada kawannya yang lain lagi jauh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ho Chi Minh City | Chu Chi Tunnel

Hari ke-2 ikut tour di bandar Ho Chi Minh. Masih ambil pakej di hotel sebab senang dan dekat. Bayaran sebanyak USD 6  dikenakan. Hari ini merupakan the longest waiting day ever. Lebih 1 jam tunggu dalam bas untuk kutip dan cukupkan orang dalam bas. The tour guide hari ini agak tak berapa efisien sangat.

Tips#18 - bayaran USD 6 tak termasuk bayaran masuk ke Chu Chi tunnel....phewwww. Kena bayar extra 80 000 VND kot.

Disebabkan cuaca di Ho Chi Minh dah masuk musim hujan kami sampai pun time hujan lebat.


Melawat kilang kraftangan

Tempat dikumpulkan rakyat vietnam yang terdedah dengan radiasi bom nuklear oleh tentera US

Kalau tengok betul-betul mereka ni ada yang cacat, lumpuh...kesian

kulit telur

hasil yang hampir siap

harga yang sangat mahal rasanya

pandangan luar kilang 

dengar sejarah Chu Chi tunnel 


peta laluan sepanjang chu chi tunnel sure dari mana ke mana

gambarajah tunnel ada 3 lapis kedalaman

dalam chu chi tunnel ada macam-macam bahagian seperti dapur, living room, bilik asap, bilik tidur.

Tips#19 -  chu chi tunnel dibina dengan menggunakan cangkul kecik selama hampir 20 tahun

antara perangkap samar

ada tunnel bercabang di bawah

lubang udara seakan busut semut. sangat banyak untuk elak dikesan tentera US

our tour guide. Dont remember his name










bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS