Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh sesi 2013

Musim peperiksaan besar bagi murid sekolah di Malaysia semakin hampir. Yang paling terdekat ialah peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Bagi yang berkelayakan boleh memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh sesi 2013 kemasukan bagi Tingkatan 4.

Sesi permohonan telah dibuka di www.moe.gov.my. Zaman sekarang semua perlu diisi sendiri dan secara online. Mungkin sukar bagi ibu bapa / penjaga yang kurang mahir menggunakan applikasi online ini. Manual cara pengisian sepatutnya telah diberi oleh guru sekolah kepada murid supaya dapat diisi bersama. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2012.

Berpandukan kepada manual; murid perlu ada
1.NO GILIRAN PMR dan
2.No Kad Pengenalan Bapa/Ibu/Penjaga. Nombor ini berdasarkan kepada rekod di sekolah yang dimasukkan oleh guru sekolah. Jika Bapa telah tiada, rekod ibu selalunya yang dimasukkan. Jika murid tinggal dengan penjaga, rekod penjaga yang dimasukkan.

Masuk ke laman web www.moe.gov.my. Akan keluar di muka depan, cari bahagian e-perkhidmatan dan klik pada tab BERKALA. Klik pada tulisan Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan.




PMR tinggal 17 hari saja lagi...huhu.

Setelah klik, akan keluar webpage baru seperti ini :


Murid boleh teruskan mengisi setelah masukkan no Giliran PMR dan No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga.

Jika masih kurang faham boleh saja bertanya terus kepada guru sekolah. Saya pasti para guru bermurah hati membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melawat Melaka | Menara Taming Sari

Kami pergi melawat ke Melaka selapas balik dari Air Hitam Johor kerana urusan menghantar adik ke UTHM sambung Degree. Sampai ke Melaka pun dah nak malam so kami rehat dulu di hotel Sri Permaisuri ataupun sebelum ni dikenali MITC Hotel. Booked family room rasanya masa tu, 1 x Queen + 1xSingle = RM168 (including breakfast). Agak mahal harga bilik ni kalau tengok keadaan bilik dan toilet. Sebab nak dekat dengan exit ke highway so no choice. Call Seri Malaysia Melaka lagi mahal, RM178.


After solat, kami gerak ke restoram Malim ikan Bakar untuk dinner (tak makan ikan bakar pun). Order ala carte dan roti canai. Lapar sangat kot order roti canai sampai 2 kali (roti papan + roti balak). Lepas kenyang gerak ke bandar Melaka. Sampai ke Muzium Samudera tapi tak dapat masuk sebab dah malam. Depan Muzium Samudera ada kedai jual cenderamata dan kraftangan. Cuma tinggal 1 ke 2 kedai masih buka. Sempat beli Fridge Magnet (3 = RM10) mahal ke? No choice sebab dah malam. Makan tradisional Melaka pun kami beli macam gula tarik, putu, keropok. Kalau hari siang banyak pilihan dan boleh dapat lagi murah ;)


Muzium Samudera




Masa nak keluar nampak 1 benda kat langit. Macam ni;



Apa ni? UFO? Alien?

Owhh tidak!!! Menara Taming Sari rupanya. Kami pun rasa excited nak naik jugak. Yang paling excited mak la. Bayaran masuk RM15 seorang dan dapat goodies dari pihak Menara Tamingsari. Kalau anda student patut tunjuk kad student. Mungkin boleh dapat diskaun. Menara Tamingsari akan naik ke atas dan berpusing supaya kami di dalam boleh nampak keliling bandar Melaka. Berpusing-pusing kat atas tu dalam 15 minit la jugak. Kalau lama lagi habis la keluar semua roti canai yang makan tadi...uwekkk.










Cukup sudah untuk kali ini. Next time datang lagi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surprise Birthday Cake

September 5 is my Birthday.
Tahun ni rasa biasa saja bila sambut birthday. Dah tua dah kot.Apa kami buat hanya makan di luar bersama.
Bila sahabat baik berkumpul sekali untuk meraikan Birthday kawan itu sudah cukup bagi saya. Tidak perlu sambutan besar-besaran pun. Ia sebagai tanda sahabat itu masih ingat hari penting sahabatnya. Apa saya masih ingat Birthday tahun ni hari kerja. Apa perlu buat kena kerja la cari rezeki.

Tapi masih tak sangka akan ada kek lagi untuk saya. Seronoknya !!! Macam budak kecik pun ada. Kali ni kek ni from my mother. Ni yang sayang kat mak ni. Saya sememangnya penggemar kek dari dulu lagi. Apa jenis kek pun ok janji kek.


Thank you Mak

Nyummm Nyummm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday Sticker from Libresse

Just came home and noticed a letter. It has been written 'For Your Special Day' at the front cover. 
Cant wait any longer, lets open it !!


And look what i've found.....Sticky Stickersss !!!


Thank you Libresse ;)


So girlzz check out Libresse malaysia website and you can find lots of info which might be helpful to us Girlz. 
And you might find some free goodies too.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukaneka kanak-kanak sempena Family Day

Apa contoh permainan yang boleh dijadikan sukaneka kanak-kanak?

Kanak-kanak ni budak kecil tak sesuai nak bagi permainan sukaneka yang kasar sangat.
Dalam kepala ni ada la terbayang jenis mainan yang biasa orang main.
(AJK mainan kanak-kanak kena la pikirkan mainannya..)

Contohnya;

  1. Lari berganti dalam kain pelikat
  2. Kutip duit dalam tepung
  3. Permainan berkaitan gelung



 apa namanya ni ?

tarik buah kelapa dengan gelung tapi kes kali ni sebab kanak-kanak guna bola je la

4. Permainan berkaitan guni...(my favorite)
berlari dalam guni

Tarik guni macam tarik upih kelapa sikit

5. Permainan berkait dengan bola
kepit bola sambil junjung barang..yang ni macam unik sikit 

jalan kepit bola juga

6. Acara favorite kanak-kanak, kutip gula-gula


Yang lain;
7. Getah dengan straw
8. Bawak bola ping pong dalam sudu

Nak yang mana?

Tak cukup jugak ??

Jum la beli buku panduan permainan sukaneka untuk kanak-kanak =)


(errr...ada bajet lagi ke???)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS