Happy Hour di Jusco Mid Valley
Perasaan hendak berbelanja ini tak dapat digambarkan
Pada awalnya tujuan datang ke Mid Valley nak pergi tukar duet kat money exchanger sebelah kiosk San Francisco coffee.
Sebelum itu jalan-jalan dalam Jusco survey barang sikit.
Mula-mula ternampak purse ada discount 70%...mata aku jadi $$$
Tak lama lepas tu dengar announcement;
"bersempena dengan sambutan Hari Malaysia waktu operasi akan dipanjangkan sampai 11 malam..."
Owhhh...ok la tu sempat lagi nk tengok barang.
Tak lama lepas tu ada lagi announcement,
"bersempena dengan Hari Malaysia, promosi Happy Hour akan bermula dari pukol 7 malam sampai 11 malam..."
Mata aku bertambah...$$$$$$
Pergi bahagian jacket, bahagian kasut...pusing punya pusing sempat samabar sepasang.
Dengan tujuan nak pakai kat sana nanti.
Ikutkan hati macam nak beli semua.
Perasaan berbunga-bunga terlalu excited sampai teringat-ingat.
Aku berjaya menyabarkan keinginan yang melebihi keperluan ini
Macam ni rasanya orang yang 'shopaholic'..hehe
Dalam otak ni teringat cerita " confession of shopaholic"
Patut lah heroin tu tersangat-sangat obsess nak berbelanja
Aku paham perasaan itu...haha.
Yang extend ke pukol 11 cuma Jusco bukan kedai luar.
Sampai kat depan money exchanger tu dah TUTUP....wuaaaaaa!!!!
Cave of The Golden Rose
Cave of The Golden Rose
Fantasi
Magic
Princess Fantaghiro
Prince Tarabas
Cave of The Golden Rose
Top-up pun kena cukai ?
RM10 topup = 60sen cukai
RM50 topup = Rm3 Cukai(Sebulan)
RM600 topup = RM36 Cukai (Setahun)
RM600 Setahun topup x 1juta rakyat = 600juta
RM600juta dibayar utk topup = Cukai = 36juta
Layankan aje laa..
Bising-bising pun x de sapa nak tolong..
Memang dari dulu pun macam ni.
Happy Birthday
Happy birthday
atau
Happy Besday
atau
Hepi Besday
atau
ada macam-macam sebutan dan tulisan
Kenapa Besday ?
Mungkin kerana bila tiba hari ulang tahun kelahiran kita ia menjadi hari yang paling bestt.
Tiba saja hari birthday aku, pelbagai kenangan waktu dulu menerjah ruang mindaku kembali
Mengimbau semula zaman kecilku ketika meraikan birthday
Yang aku ingat ketika sekolah rendah saban tahun ayahku belikan hadiah
Dapat kek, pensil warna, kalau tak pun pegi mandi di Teluk Batik
Sampai bila-bila pun hari birthday ku lah hari paling best dalam hidup
p/s: umur meningkat..orang keliling asyik tanya bila nak kawen...huhu
Merdeka Raya 2011
Merdeka Raya
Rakyat Malaysia menyambut raya dan merdeka sekaligus
Kita melaungkan ungkapan M.E.R.D.E.K.A setiap tahun
Tapi tak ramai yang betul-betul mengerti maksud ungkapan Merdeka
Opah selalu cerita macam mana teruknya waktu zaman Jepun dulu
Waktu tu opah makan ubi kayu je
Nak keluar rumah pun tak berani...takutt
Di sekolah kena belajar lagu Jepun
Papan hitam dah tukar ke papan hijau
Buku tulis pun warna hijau
Kibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sayangkan negara
Maka ramai gantung bendera Malaysia depan rumah
Lekat bendera Malaysia di kereta
Berlumba-lumba siapa pasang paling banyak
Tak perlu bendera yang banyak dan besar
Hargai keamanan yang tak ternilai
Yang tiada galang ganti








