Saya Dah Tengok Filem Faster!
iCam - Webcam Video Streaming

Dalam Kosmo hari ini cerita tentang tuan rumah yang asalnya nak monitor anjing dia dari pejabat tapi ternampak perompak pulak dalam rumah. Dan lagi bijak si perompak tu tak pakai topeng sebab ingat rumah tu kosong. So, muka dia nampaklah terang tang-tang...nasib engkau la..dah kena tangkap pun.
Apa dia iCam ni ?
Hasil carian di itunes dia ada bagi penjelasan sikit pasal iCam.
'iCam allows you to remotely monitor multiple live video and audio webcam feeds from your iPhone, iPod touch or iPad over WiFi, 3G and EDGE.'
Kalu tengok review customer pulak ada yang kata ok ada yang tak ok. Means dengan connection wifi atau 3G atau EDGE je kalau orang tu ada skill lebih sikit dia dah boleh hack orang lain punya kamera atau video. Banyak yang concern on Security. Hanya guna username dan password sebagai authentication. Mungkin juga dari iPhone boleh hack kamera iPhone orang lain (banyak sangat tengok muvie tapi tak mustahil kan...). So, sesiapa iPhone user luar sana boleh comment sikit?
Idea applikasi iCam..hehe
1. Monitor anak surf internet/buat kerja sekolah dalam bilik.


Makmal halal pertama di dunia
NILAI - Makmal Institut Halal Malaysia pertama negara yang bernilai RM27.3 juta yang berperanan sebagai pusat halal antarabangsa akan dibina di Bandar Enstek di sini tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, makmal berkenaan akan dijadikan pusat untuk menguruskan semua produk halal termasuk produk antarabangsa yang memerlukan sijil halal.
Menurutnya, makmal ini dijangka dapat meningkatkan kredibiliti dan keupayaan perkhidmatan pensijilan halal selaras untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai rujukan utama dalam pensijilan dunia yang diperakui oleh 23 negara lain.
"Makmal halal ini merupakan makmal yang pertama kerana sebelum ini kita menggunakan makmal di Univeriti Putra Malaysia (UPM) di Serdang.
"Diharapkan dengan kewujudan makmal ini, segala urusan berkaitan dengan produk halal dapat dilaksana dengan lebih efisien," katanya selepas mempengerusikan taklimat pelaksanaan projek berkenaan di pejabat TH Properties di Bandar Enstek, Nilai di sini semalam.
-sumber Kosmo
Siti di Alam Fantasi
Saya ingin menonton filem Faster!
p/s: best jugak nak layan hero dia yang macho tu..hehe ;)







