Gajah jalan senyap ¦ Siem Reap

Gajah binatang yang besar tapi bila berjalan sangat senyap tidak mengeluarkan bunyi. Kita yang di belakang badan dia tu dah rasa takut. Dan gajah berjalan laju. Patutlah gajah digunakan sebagai medium pengangkutan membawa batu ke atas bukit bagi pembinaan kuil di seam reap sepertu Angkor Wat. Lebih 30,000 gajah digunakan.

Woww..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emi masuk sekolah baru

Emi masuk sekolah baru. Seronok betul dia. Dari dulu lagi memang nak masuk asrama katanya. Masa 1st application tak dapat sebab keputusan pmr tak ok. Rupanya dia buat rayuan sendiri tanpa pengetahuan mak pun. Dah dapat kena pergi ni. Barang-barang banyak nak kena beli. Mak nak kena tulis nama pada semua barang macam biasa dia buat pada anak-anaknya yang lain...hoho. Nak elak hilang barang katanya walaupun memang barang tu akan hilang jugak akhirnya ;).

Perjalanan ke pengkalan hulu agak jauh jugak tapi tegak je jalan dia. Tak banyak pusing sangat. Maka tak akan senang nak sesat. Tempat pertama dituju sempadan Thailand. Opah nak beli buah, mak nak beli apa tak pasti lagi. Sangat dekar pengkalan hulu ni dengan sempadan Thailand maka orang Thailand ni boleh senang masuk ke sini sebab nampak motor dari sana banyak di kedai kawasan ni. Pemeriksaan imigration di sini pun senang. Dah selesai beli buah, kemeja Emi, tengok pinggan di The Zone, nak cari hotel pulak.

Hotel pertama booking di lokasi atas kedai. Perlu naik tangga, tak ada lif. Kami bawa ornag tua so terpaksa cari tempat lain yang tak banyak tangga. Jumpa Rumah rehat lokasi tengah pekan juga. Besar dan selesa juga.

Malam tu Emi tidur awal. Pagi tu kami breakfast dulu sebelum pergi ke MRSM pengkalan hulu. Ada makcik di kedai makan kata pada Emi, "segaknya dia...". -_-

Suasana biasa pendaftaran kemasukan pelajar baru. Nak isi borang, nak bayar, nak dengar ucapan aluan, nak masuk asrama, nak kemas katil, nak keluarkan baju simpan dalam loker. Perghh lama nak tunggu. Sempat pusing sekolah tolak kerusi roda opah bila dah panas sangat pusing naik kereta pulak ;).

Selesai semua jum balik. Tinggal la Emi kat situ. Lagi 2 minggu cuti sekolah boleh balik sendiri naik bas.

P/s: excited nak balik, semua barang dia angkut balik rumah dengan shampoo, sabun mandi pun dia angkut sekali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wonderful cappucino at Donuts Bangi

http://instagram.com/p/XUjL7oCOPj/

Orang melayu punya kedai. Rasa kopi dia pun sedap ala starbucks sikit.

Lebih bagus kalau tukar lokasi kedai ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan menari lalala

Ikan menari di restoran Rasa Utara Cyberjaya.

Keras sikit dan rangup. Bila gigit rasa nak menari gigi ni nak gigit. Berair jugak la mata bila cicah dengan sambal dia. pedassss. Si kawan takut-takut nak cuba milo bukit keriang walaupun ia hanya milo ais yang ditabur serbuk milo atasnya.hoho.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan SPM dan animasi

Hasil budak baru lepas dapat keputusan SPM. Suka 'menconteng'. Katanya dia suka animasi dan kartun. Itulah sebab suka nak melukis merata-rata. Di sekolah pun dia suka masuk teater tapi bukan jadi pelakon la yang pasti sebab setiap kali datang dia tak pakai make-up tebal atau telinga arnab..hoho. Jadi krew belakang tabir yang suka melukis dan mengecat..hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa ada di Cambodia | Sieam Reap

Kalau orang tanya, Apa ada kat Cambodia tu ? Saya sendiri tak tahu nak jawab apa. Cukup setakat merasa tengok tempat orang, gelagat rakyatnya, makan makanannya. Itu dah cukup bagi saya. Bila sampai di bandar Siem Reap ni rasa sangat lambat masa berjalan. Mungkin sebab 5 hari 4 malam terlalu panjang. Tapi sebenarnya seronok sebab kita rileks tak perlu tergesa-gesa. Kalau plan dari awal sebenarnya boleh turun di pnom penh dan pergi ke siem reap by bus (5-6jam).

Antara tempat yang perlu pergi bila sampai Siem Reap:

The famous Angkor Wat

Silk factory

Floating village



The holy flower-lotus


war museum

night market


D'Wau restaurant

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siem Reap Cambodia | Airport

The airport


tuk tuk membelok
Kena isi dalam flight. Sebab penat sangat memang tidur dari mula naik sampai landing. Tak sedar bila mak cik sebelah letak this form.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siem Reap Cambodia | Tanei guesthouse


Menginap di Tanei guesthouse dengan bayaran $24 per night selama 4 malam. Cari berdasarkan review beberapa orang foreigner. Memang tiada orang Malaysia duduk sini. 


Kawasan dalam guesthouse

Kawasan tempat melepak

Dijemput dengan tuk tuk dari airport FREE

Untuk mendapatkan kadar bayaran boleh terus email Taei guesthouse ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS