Jam pukul 6.30 pagi.
Dalam hati, "nak bangun ke tak ?" Pusing la badan sikit, " nak pergi ke tak ni ? " Tapi dah janji dengan orang.
Bangunkan la jugak. Gagahkan jugak buka mata yang terkedip-kedip ni.
Hari ini kali pertama naik Broga. Mulakan dengan Bismillah, yang bermaksud 'dengan nama Allah'.
Bukit Broga terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Semenyih. Jika dari rumah saya lebih kurang 20 minit dengan melalui SILK Highway. Selepas toll Bukit Kajang ambil simpang ke kiri dan ikut signboard Jalan Semenyih. Kat tepi jalan akan nampak signboard Jalan Broga. Penanda nak memastikan kita berada di jalan yang betul ialah Nottingham University Semenyih. Kerana university Nottingham ini terletak di jalan ke bukit Broga. Sampai saja di lorong masuk akan nampak Rabbit farm terletak bertentangan.
posing sebelum naik
jalan berliku ke puncak 1
jalan ke puncak ke-2
Hari ini hari Ahad. Patutlah ramai orang. Ada mak dan ayah bawak anak kecik. Ada pasangan uncle dan aunty chinese jalan perlahan-lahan bersama-sama. Ada rombongan sekolah naik dalam satu barisan. Ada juga orang asing (foreigner) yang naik Broga. Mungkin kerana University Nottingham dekat dengan Broga maka ramai student di Broga.
view dari puncak ke-2
Kami mulakan perjalanan perlahan-lahan. Dalam hati ni excited kot maklum la 1st timer ;P. Mula-mula nampak ok sebab landai. Lepas tu nampak je tingkat-tingkat yang tinggi depan mata, "biar betui nih...?" Maka terbongkok-bongkok la panjat. Ada bahagian tak ada tali nak berpaut terpaksa la berpegang pada tanah je. Baju pun dah habis basah satu badan. Berhenti 'berehat' tu memang tak terkira ;p.
Kali terakhir panjat bukit ni 3 tahun lepas masa minggu induksi di Taiping. Semua wajib panjat Bukit Larut masa bulan puasa pulak tu. Waktu tu dah nekad, itulah kali pertama dan terakhir aku panjat bukit. Entah macam mana terjebak pulak kali ni dengan Broga.
menuju ke puncak -3
beratur menuju puncak
Broga ada 3 puncak. Di puncak ke-3 saja ada signboard yang tertulis BROGA. Kalau setakat sampai ke puncak 1 dan 2 je tak lengkap lagi la pendakian tu..hehe ;P. Bila dah sampai puncak tu jangan lupa tangkap gambar sikit dan nikmati lah pemandangan dari atas bukit. Pemandangan yang kita tak akan dapat tengok dari bawah. Cuma tak dapat nak stay lama-lama di puncak sebab ramai sangat orang tunggu giliran nak ambil gambar kat signboard menyebabkan crowded tempat tu :(.
sampai puncak Broga..Alhamdulillah
Tutuplah aurat semasa mendaki Broga !!
Dengan menutup aurat pun tidak menjadi masalah menghalang untuk naik Broga :)
Nak turun dari Broga pun challenging jugak. Banyak menggunakan lutut sebagai penahan kaki. Tak semua bahagian ada tali untuk berpaut. Kadang-kadang terpaksa duduk dan menggelungsur untuk turun. Kagum bila tengok sesetengah orang tu berlari turun. Bila difikirkan memang lebih cepat kalau berlari turun cuma risiko untuk tersembam tu pasti ada..hehe.
9.30 pagi.
Selamat turun ke kaki bukit Broga. Alhamdulillah.
p/s: akan pergi lagi selepas ni dgn gurlzzz k :)