Kawan ofis baru balik outstation dari Mesir.
Saya tak pernah dapat outstation luar malaysia.
Tak apa lah..
Belum rezeki lagi kan.
Souvenier ni comel jugak.
Sebelum dia pergi ada pesan bawak balik unta tapi dia bawak yang ni.
Ok apa not bad.
A little gift from Egypt
Beef puff & Chicken puff
Coconut MilkShake Batu Berendam
Jenayah simbah asid - wanita be careful
23 kes simbah asid bermula Februari sampai sekarang (Mei).
Mangsa-mangsanya wanita, gadis, ibu mengandung, kanak-kanak.
Tempatnya, di tepi jalan, tepi bus stop, kawasan lrt, atas motor, dalam kereta pun boleh kena.
Takut kan?
Dalam berita tadi dah keluar lakaran rupa penjenayah. Hopefully cepat la kena tangkap.
Antara tempat yang disyaki Bangsar dan Brickfields...Uishhh dekat dengan tempat kerja nih.
Pakar analisis jenayah cakap jenayah simbah asid ni biasa berlaku hari Jumaat dan Sabtu.
Motif jenayah simbah asid ni mungkin kerana DENDAM.
Menteri Pembangunan Wanita usulkan supaya undang-undang beli asid di Malaysia diperketatkan.
Dah macam cerita CSI, Criminal Minds lak (banyak sangat tengok cerita nih)
Asam Pedas la sangat
Pagi Sabtu yang indah ni bangun awal kot..
Saya berbangga ..eheh.
Pergi ke Fakulti kejut UKM main ping pong for the 1st time...wow!
Kesian Djah kena ajar dan tahan kerenah aku dan Penternak.
Mula-mula main memang macam ape jek.
Bola terbang merata-rata kot macam main badminton..eheh.
Tapi, bila dah dapat rentak tu baru la boleh main bergaya.
Berpeluh jugak la main ni baru rasa sihat.
Apa kaitan dengan asam pedas ?
Kisahnya bila abis main singgah pasar segar Seksyen 7 Bangi.
Beli ikan plata dan ayam setengah ekor.
Jumlah semua RM11 lebih. Mahal kan sekarang.
Dulu tak pernah nak ambil tau...padan muka.
Ingat nak buat ikan bakar je tapi ada la budak ni nak buat asam pedas katanya.
Malas nak bertekak aku biarkan aje.
So, lunch kami hari ni gulai asam pedas bersama nasi perang.
Cubaan seterusnya
Bila balik kampung terus menuju ke mesin jahit SINGER klasik opah.
Kononnya nak buat cubaan kedua.
Nasib baik baju dah separuh siap just sambung nak buat kain aje.
Rasa macam ingat apa yang cikgu ajar tapi bila buat sendiri baru tahu...amik ko..
Tetiba confius...
Dah belek nota pun still tak boleh nak start buat belt..huhu
Tak boleh jadi ni...
Opah!!
Opah solution terakhir..eheh
Dengan senangnya opah tunjuk cara macam mana nak buat kain dan belt.
Hebat! Hebat!