Baju Kurung ku

Baju ku siap jugak akhirnya !!
Walaupun tak cantik la sangat tapi not bad la for beginner.
Macam tak percaya aku boleh buat jahit sendiri ...hehe.
1 hari setengah menyiapkan bersama cikgu Yati..tQ cikgu...=)
Sambil mengajar tu sempat lagi cikgu Yati bagi nasihat keusahawanan (nak jadi business woman katakan).
Banyak ilmu dan tips cikgu yati kongsi kan sambil tu aku cuba nak bagi jahit jangan senget.
Makin lama makin dapat rasa uniknya seni menjahit ni.
Paling penting kena practise selalu kalau tak terus lupa.
Tapi still tak pandai jahit mata lalat, mata air and mata hati...huhu


Tadaaaa!!!

Aku perlu ada mesin jahit sendiri sekarang....ini misi aku !!!.eheh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lat Kampung Boy sebuah Muzikal

Bila Kampung Boy ke  muzikal





Sudah basi dah cerita pasal Lat Kampung Boy sebuah muzikal ni.
Nak komen pasal teater Lat Kampung Boy ni seronok ke ? Boring ke? aku dah malas.
Siapa yang dah tengok  Lat Kampung Boy,  sendiri komen la.

Teringat Zaman Kecik-kecik

Dulu duduk kampung je (aku budak kampung).
Ingat lagi mak bawak pergi ke Teluk Intan beli buku cerita Lat Kampung Boy.
Kat mana la buku tu sekarang ni? Entah-entah mak dah jual.
Buku bersepah tak terjaga kat rumah banyak sangat.
Yang paling aku ingat kartun hitam putih Lat Kampung Boy ni, waktu dia nak masuk asrama.
Ayah Lat bawak tilam kekabu (zaman dulu tilam kekabu buat sendiri) naik atas bas.
Hiba pulak tetiba.
Zaman dulu mana ada transport. 
Mak bapak bersusah payah hantar anak pergi belajar.




Sebab paling kuat kenapa aku tengok Lat Kampung Boy sebuah Muzikal ni, kerana ceritanya terasa dekat.
Boleh kenang balik zaman dulu-dulu.
Zaman yang tak akan berulang kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukit Tinggi - Part 2

 Pemandangan di Bukit Tinggi


Hotel di Bukit Tinggi

Ada fountain lagi kat Bukit Tinggi


Restoran di Bukit Tinggi..tapi mahal la

Japanese Tea Garden di Bukit Tinggi...tak nampak teh pun ?

Ada Spa tapi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Naik Airbus-330



Airbus-330

Hari ni naik flight MH2504 ke Kuching. Pergi sorang je..sedeynya tak ada boyfrenz teman.
Sebelum ni naik Boeing je tapi hari ni dapat naik kapal besor. 
Pelik jugak kapal besar tapi penumpang siket aje.
Flight pagi dapat breakfast noodle w/ chicken black pepper...$@%!
Bila duduk sorang-sorang mula la suka perhati orang.
Suka usha tengok seorang Pramugara lelaki Airbus-330 ni, tak hensem sangat tapi senyum manis ^_^.
Pramugari Airbus-330 pulak lebih suka menegur orang asing macam chinese n mat salleh.
Kononnya lebih pandai cakap omputih la tu..huh.
Bila boring saja nak melawat toilet Airbus-330..hehe selalunya dah fly teros tido jek.
Whatever!!

Yang penting sampai exchange Setampin siapkan kerja cepat.
Jumpa Mdm Chan yang baik hati dan bergaya sakan...ehemm.
Nasib ada nazri teman buat kerja dan paling penting teman makan.^_^

Suasana malam di Kuching

Tinggal sorang-sorang balik. Makan pun sorang.
Opah dan emak pesan serbuk lada hitam. Kata mereka sedap bila masak..yor la tu.
Lepak tepi waterfront Kuching sambil tunggu nasi goreng pataya bungkus siap.
Harga rm8 tak ingat. McD lagi sedap kot.
Sudah berazam tak nak shoping setiap kali outstation..*_*


Perjalanan balik ke KL

Balik pun naik Airbus-330.
Sebab kali ini depart dalam pukul 11am, dapat lunch.
Lunch dia.....rice + salmon sweet sour
Kenyangggg!!!

Dalam ERL

Duduk sekali dengan seorang boy girl ni dia dari Kuching.
Sempat bersembang dengan dia sepanjang perjalanan tu (ingat nak qada' tidor sebab dalam Airbus-330 tadi tak sempat tidor..huhu)
Ada tanya dia kat mana tempat best makan, rupanya kena pergi pasar Satok baru dapat jumpa makanan macam-macam waktu malam.
Lagi 1 area opposite waterfront tu bila malam baru bernyawa food court dia.
Ok ok.
Dah tau mana nak dapat makanan melayu dan yang penting HALAL.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS