kErja sia-sia tapi BermaKna..

Downnnnn.........
Huhhhhhhh.....apa yang boleh aku kata pasal arini...

Semangat berkobar-kobar pagi tadi dengan harapan boleh selesaikan semua urusan dalam 1 hari jek..tapi kecewa bila BIROKRASI menghalang..apa yang aku buat tidak mendatangkan hasil..tapi at least ada hasil untuk perkara lain..hehehe...

Pengajaran yang aku dapat arini ialah: jangan percaya bulat-bulat apa yang orang call centre cakap kat telepon..kena datang sendiri tempat tu dan berjumpa dengan orang yang berkenaan dan dapatkan penerangan dari dia..kalo tak jadi macam aku..rugi..rugi..rugi masa..rugi tenaga..dan yang paling teruk rugi masa untuk aku dan dia....*teettt##

Barang aku..hak aku..duet aku..tu semua aku punye..tapi bila nak amek kena buat macam-macam..sedangkan semua benda tu aku punye..diorang tau tak bila orang hilang wallet ke purse ke..mesti la dah sah-sah duet pon ilang..kad bank mesti la nak kena blok takot ade lg yg gatal tangan nak curi kat mesin atm plaks..ic ilang..lesen pon ilang..benda 1st nak buat ic..nak buat ic kena duet...nak buat lesen kena duet..so, mana nak dpat duet??? dari bank laa...TAPI, bila pegi bank...ic sementara tak sah nak buat kad..kena bawak supporting document plak..ingat aku ade masa ke nak cari bende2 tu semua..huh?? Nak buku bank...buku plak tak ingat kat mana...kena buat buku baru..kena duet gak..tapi sebab ic sementara..kena confirmkan sign dulu sama ke tak dalam setor diorang..aku tanya bila boleh confirm...esok!!! selagi tak confirm boleh keluar duet tak??...tak boleh....

Persoalan dalam kepala aku sekarang...tak boleh keluar duet..x ade duet..macam mana nak buat IC...?? (naseb baek aku pinjam member dan adek aku masa nak buat ic tu..ahaha). Kenapa ambil ringan jer bila ada orang datang bank nak buat kad dan buku baru sebab hilang...kenapa buat macam acuh tak acuh jer..kalau yang datang tu ayah yang dah tak ade duet nak beli susu anak-anak dia..kalau yang datang tu student yang nak beli buku rujukan atau nak bayar yuran sekolah..kalau yang datang anak yang sepatutnya kena kirim duet kat mak ayah kat kampung...kalau yang datang tu kena bayar sewa umah dan loan kereta (macam aku..huhu)...duet tu ada jer..dalam bank yang tak ambil pusing hal-hal yang mungkin remeh bagi diaorang...

DOwnnnn lagi.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Downnnn....

Pagi tadi datang kerja macam biasa..kepala peneng tahan ngantoks..kena bangun awal nak kena masuk opis..selalu bangun lamat kalau pegi cyber..arini ada meeting kena join..huhu

Macam biasa keluar umah awal2..nak rebut parkin'..jumpa membe..pegi breakfast..arini membe yang kawen tu dah masokss..aik kejap jek cuti??..atau memang die dah cuti lama sebelum kawen...

Pegi meetin'..macam buhsan sket..sepatutnya nak cari solution tapi sampai ke sudah tak ada apa2..tiba2 dapat SMS...tersenyum panjang aku..mata bersinar-sinar..seronok sangat...hidop terasa bahagia..mula berangan-angan.... *teetttt#

Tiba-tiba, pandangan jadi gelap..muka rasa panas..hidop rasa macam dah tak ok..jantung berdegup kencang..rase nak demam..musnah semua angan-angan...~#$@@***

Baru sedar aku tengah Downnnnnnnnn........................


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan2 melaka...seremban

Weekend aritu memang bestt...& penat. Dah lama tak bercuti di ujung mingu...bila dah ada time nih apa lagi...ronggengssss jum =)

Siang ronggeng ke mlaka nak tengok pesta 1 Media kat MITC. Banyak booth yang diorang pasang. Semua wakil media join event nih. Ada tv3, tv9, ntv7, 8tv and macam-macam lagi. Time aku sampai Hitz 1 baru prepare nak on-air. Nampak la si Nabila yang tengah sarat tu. Tengok dekat2 nampak comel plak dier.

Aritu panas sangat laa..terik..haus..sumer ada..even dah makan ikan bakar yang tak berapa pon jadi lapor baliks. Thanks tu cik Amie Hani yang menjadi tourist guide aku aritu sebab ni first time drive masuk Mlaka. So far event die memang happening jugaks laa..siap diorang ada invite si suara 'opet' lagi...(sapa x kenai opet kena google ek).

Tujuan sebenar datang situ nak tengok si penulis and pengarah serta pelakon cerite yang di'banned' GADOH. Tengok prebiu cerita die memang nice jugak la..menceritakan keadaan sebenar yang terjadi di sekolah zaman sekarang yang selalu dipandang belakang..orang atas selalu buat tak tahu..dan keadaan sebenar masyarakat M'sia yang majmok kononnya...Tapi sayang, filem ni di'banned' atas sebab2 tertentu.


Tak pa la..tak de rezeki..next time je la..tapi malam ada event best...DRAMA =)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suka suKi..

Aku suka tengok orang tengah berdiskusi sebab semua akan menumpukan sepenuh perhatian...khusyuk sangat sampai tak boleh kacau. Why so seriousss..?

Ada macam-macam gaya bila orang tengah berdiskusi nih. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng. Tak dapat dipastikan diaorang nih betul2 paham atau memang tak paham sengaja buat buat2 paham.





Kadanag-kadang aku suka gelakkan diorang nih sebab aku dah tak paham so malas nak dengar.

Sori kepada pelakon-pelakon extra yang menjayakan drama ni ek...


Kat sini tempat aku kerja...rilekss kan...ahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DugaanNya

Weekend aritu sepatutnya menjadi weekend yang paling bermakna dalam hidop aku. Sebabnya..?? Kawan opis aku kawen dan kitaorang berkonvoi ramai-ramai ke Penang.

Tapi...memang weekend aritu menjadi weekend yang sangat-sangat bermakna dalam idop aku dan tak akan aku lupa sepanjang hayat aku.

Apa yang berlaku akan kujadikan iktibar untuk dikenang dan menjadi panduan untuk aku di kemudian hari.

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ia terjadi untuk mengingatkan aku supaya sentiasa ingat kepadaNya.

Mungkin aku dah lama menjauhkan dariNya.

Mungkin aku dah lama tak bersujud padaNya.

Sesungguhnya Dia masih sayangkan aku dengan didatangkan dugaan yang tak seberapa ini.

Bila aku diuji, mungkin Dia mahu aku kuatkan semangat dan terus-terusan menadah tangan padaNya.

Moga aku akan kuat dan tabah untuk hari-hari selepas ini =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WeeK eNd

Selama 2 hari berturut-turut tak duduk kat umah langsung.

Hari Sabtu pergi umah orang kawen (konon nak dapat berkat...*teettt*)
Hari Ahad pegi kerja....my sweet n sour =)

Baru setahun lebih kerja dah macam ini. Kalau 5 tahun lagi? Kalau 10 tahun lagi??

Setelah dipiker-piker, aku memang suka macam ini sebab kalau duduk umah tak buat apa pon. Selagi aku maseh berkesempatan buat benda yang aku suka dan minat menimba ilmu yang tak pernah putus-putus, tak ada salah aku ke hulu ke hilir, makan tak tentu sampai kena gastrik , tidor maen sempat jer kat mana-mana, dan paling besh skill driving aku maken hebat bila boleh drive atas MEX dalam 15 minit jer...ehehe.

Aku paling menyampah bila alasan kerja di kelilingi banyak lelaki menjadi punca perlu keluar dari bidang ini. Aku meluat bila alasan bersosial dengan lelaki-lelaki di tempat kerja menjadi punca perlu mencari kerja lain. Aku bengang bila alasan keluar bekerja dengan lelaki dan makan dengan lelaki menjadi punca pergaduhan dalam perhubungan.

Bila terlalu banyak alasan ia mengaburi sebab asal sebaliknya menyerlahkan punca sebenar.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam x besh jek..


Hmmm...semua orang ada enset. Semua orang guna henset tu untuk bercakap, ber'sms'. Kalo ada yang canggeh siket leh surf internet layan facebook dan benda2 sewaktu dengannya.


Kalau yang budak sekolah asrama guna henset nak call mak bapak diaorang (betui ke?) sampai sanggop sorok-sorok tak nak bagi warden nampak. Kalau kantoi tu diam je la maksudnya warden dah amek buat harta sendiri. Kalau nak dapat cepat surh je mak bapak datang ke sekolah teos jumpa warden tu. Conferm dapat balik...ahaks.

Kalau yang tengah bercouple guna henset call pak we atau mak we la (yer ker? ntah2 call pakwe atau mak we lain)..huhuhu.

Kalo macam aku henset diguna untuk call mak opah dan adek2 aku. Dulu masa ayah ada lagi ade la jugak call tapi tak selalu pon juz dah call mak tanya pasal ayah through mak jer. Dulu tak tunjuk sayang depan depan sebab ingat ada masa lagi nak tunjuk sayang tu tapi kuasa Allah kan. Kita manusia tak boleh lawan takdir.

Ada la kisah orang yang hangat bercinta nih. Kadang-kadang aku pelik dan hairan. Setiap masa kah perlu bertelepon?? Setiap jam kah perlu bercakap? setiap minitkah perlu update? setiap saat kah perlu pegang henset?

Baru je lepas makan kat Bangsar dan baru je lepas hantar depan umah. Baru 5 minit je kot. Si awek tak sempat bukak pintu umah lagi pon. Tengah pegang kunci pintu lagi tu. Telepon dah bingit dah (volume 5). Hmm...memang orang bercinta macam ni kah? Lagi satu perangai dalam umah pon setiap masa bergayut ok la memang normal. Tapi yang tak normal bila bercakap di kawasan ruang tamu pakai handsfree nak pergi basuh tangan pon bercakap nak sikat rambut pon bercakap (naseb baek pegi toilet tak becakap). Lepas tu bila member umah tengah bersembang boleh menyampuk tu. Dan lagi tak normal bila hampir setiap malam berperangai begitu. Teettt**

Aku memang tak paham.

http://iconprops.blogspot.com/2009/02/wooden-handphone-strip.html







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perlu ka..?

Semalam dapat cal kena pegi kerja kol 9pm. Memang rasa macam nak marah tapi dah biasa sebab dah selalu buat. Sebenarnya dalam hati sangat suka. Nak tau kenapa suka...? ehemmm ada la sebabnyerr...ehehe.

Sampai opis kol 9.30pm. Teros buat keja sampai kol 2am. Dah pagi dah..esok kena masuk opis tapi mengantuk la. Tapi tak kisah sebab seronok masa tengah buat kerja bergelak ketawa dengan dia. Dia jeling-jeling aku pon jeling balik. Dia saja duduk rapat sebelah aku. Sengaja aku buat-buat sembang dia pon sembang dengan aku. Kan seronok macam ni rasa macam tak boleh berpisah. Makin jauh makin rindu. Malam rasa panjang macam takan ada siang.

"DyaNz siapkan cepat kerja nih aku nak balik dah ni bini aku dah call sepuloh kali nih"

Owwhhh....
Aku berangan lagi rupenyerr..cesss. Jam dah kol 1.50am.Kat mana-mana asek berangan. Aku ada tulis nota dalam buku nota aku. Aku punya buku so suka hati la nak tulis apa pon. Budak team aku nampak tulisan aku dan dia tegor. Dia kata kenapa tulisan burok. Dia kata tulisan dia lagi lawa walaupon dia lelaki. Aku hanya diam dan tersengih sahaja.

Perlu ka tulisan cantik.? Kalau orang boleh baca dan paham apa yang kita tulis itu sudah memadai. Di sekolah masa dulu-dulu cikgu suka marah tulisan murid yang burok. Ada yang siap cakap tak boleh berjaya dalam hidop. Cikgu tak sedar apa yang dia cakap tu doa. Cikgu tu sebenarnya nak senangkan dia buat kerja. Dia tak nak susahkan hidop dia dengan membaca tulisan yang mungkin burok tetapi ada usaha untuk belajar dan menulis.

Aku tulisan tak cantek tapi aku dapat kerja yang sangat bagus dari orang yang tulisan dia cantek dan tersuson masa skolah dulu. Amacam? Ada rasa tercabar x?















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Hilangkan Warna terkena baju

Hmmm...lama tak menjenguk blog nih.

Semalam tetiba datang mood nak basuh baju sebab baju dah bertambun ntah berapa mingu punyer ntah. Sonok tengok baju yang banyak betimbun semakin rendah. Sonok tengok buih sabun dalam mesin basuh. Terkesima tatkala mencium bau baju yang wangi.

Dengan bangga dan angkuh nak amek baju untuk dijemur, terkedu hilang suara tak dapat bercakap walau sepatah perkataan pon. Mata menumpu tajam ke satu point. Jauh di sudut benak hati memang rasa nak mencarot jek.

Baju pink aku terkena warna itam baju lain. Wuaaaaaaa......!!!! sedeynyerrr. Bengangnyerr....!!! Hancur musnah harapan dan impian...uhuhuk. Apsal baju aku jugak yang terkena dah la baju pink ada kenangan plak tu...eheheh.

Di tengah kesedihan tu ada member bagi petua sebab dia pernah baca dalam majalah. Aku mesti la takan tau sebab hobi aku bukan membaca...ahaks. Dia kata,

"DyaNz rendam baju tu dalam air panas nanti boleh ilang kaler itam tu"

Aku pon apa lagi teros jerang air panas dan tuang dalam baldi. Baju tu aku biar semalaman. Hasilnya....? Memang berbaloi baloi ahaha.

Tak caya...? Cuba la dulu =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terbang Jauh Finale

Day 3,

Yahuuuu.....=) hari ni dah hari last kat sini. Hmmm..apa jek yang aku buat disini? Piker balik..whooo...malam tadi ada kerja malam di opis sampai pukol 3 pagi. Aku mengimbau semula kenangan semalam..

Vendor yang aku tunggu datang amek aku kt hotel kol 8 malam bawak gi makan..nyum..nyum. Kitaorang makan kat restoran seafood atas bumbung bangunan. Bila tanya nak makan kat mana? Kat parking. Parking?? Bila aku sampai memang kawasan tu kat tempat parking atas bumbung. Orang yang datang memang ramai gilerr even malam tu bukannya malam minggu. Kami bertiga order udang masak butter, ikan siakap masak stim, ikan kerapu masm manis, sotong goreng, and ada satu bentuk lauk macam siput sedut. Aku tak berani nak makan pon. Bila lauk sampai macam tak boleh habes tapi bila dah start makan, memang macam tak cukup...ahakss. After makan, terus pegi opis and start keja.

So, arini ari last aku kat sini. Flight pukol 4.30pm lamat lagi nih. Aku nak try jalan-jalan ke waterfront. Misi aku nak cari patung kuceng. Selagi tak jumpa tak nak balik...aicesss. After checkout tanya kat brader hotel tu jalan nak gi waterfront. Dia kata jalan straight jer pastu jumpa la. OK, ak try ikot cakap die. Memang betul la aku jumpa dah waterfront. Kalau nak pergi ke Kek Lapis Dayang Salhah kena naik sampan tapi mak aku tak kasi sebab aku sorang-sorang (sejak bile aku dengar cakap mak ku nih?..hihi). Tapi aku still tak jumpa patung Kuceng. Macam mana nih? Takkan dah datang Kuceng tak dapat amek gambar Kuceng?

Aku pon teroskan perjalanan. Straight je teros ke depan sampai dah hujung waterfront dah pon. Kaki ni dah saket perut dah lapar hari maken terik. After brapa kali pusing-pusing dan sesat tengah town tu aku ahernyaaaa jumpa...memang rasa nak melompat je kat depan patung tu..hehehe. Tapi kena la control nanti ada orang nampak tak jadi nak ngorat plak..teett*. Naseb aku maken bertuah bila jumpa lagi satu patung kat kawasan mana ntah.


Dah puas berposing, nak balik la. Nak beli kek lapis and souvenir siket kat kedai depan waterfront. Banyak je kek lapis and nampak pon sedap jek. Aku beli 5 kek lapis, t-shirt gambar kuceng utk adek2 aku sebab diaorang pesan beli tshirt gamba kuceng. Aku beli key chain utk budak2 opis dan kain batek sarawak utk mak and opah aku...heh =).

Dah sampai airport kol 3.30pm. Perot yang lapar harus diisi so, gi pekena McD. Memang makan macam buruk lantak tak kisah orang keliling. Lepas kenyang g check flight pastu tengok flight aku delay.Cesss... Kena tunggu 5pm baru dapat naek flight. Kol 7 aku pon mendarat di KLIA dengan jayanya. Aku tak kisah tak beli apa-apa aku tak kisah tak tangkap gambar banyak-banyak. Apa yang aku kisah ialah ingatan dalam kepala ni yang akan kekal selama-lamanya.















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terbang Jauh Part 2

Day 2,

Aku bangun pagi dengar bunyi orang menjerit, "Help me!! Pls help me..!! Don't kill me pls!!!"

Aku dah cuak dahi berkerut, dah la dok sorang tiba-tiba lak jadi macam ni nanti mak aku kat umah mesti akan cakap, " Kan mak dah pesan, jangan pergi sana kamu degil nak pegi jugak...haa kan dah kena, tanggong la sndiri!! ".

Bertambah kerut bila aku teringat apa yang bakal mak aku cakapkan tu..lagi menakutkan..huhu. Bukak selimut pelan-pelan, tengok keliling bilik. Tengok kiri tengok kanan tengok depan....lorrrr...tv rupenye. Aku tak tutup tv dari malam tadi tengah pulak ade citer tembak-tembak memang la ada orang menjerit...hahaha. Apakah lawak yang aku cuba buat di pagi hari nih?


Kena siap cepat-cepat nih, malam tadi vendor janji nak jumpa kat opis kol 9.30 dia nak belanja breakfast dulu. Mana leh lepas ada orang nak belanja...la..la..la. Dah sampai opis tunggu la kejap may be diaorang on the way kot. Dah 10 minit, may be diaorang dah nak sampai kot.

Akhernya, kol 10.30 diaorang sampai. Sungguh punctual vendor aku nih. Siap cakap, "
Nanti ang marah kat teksi tu sebab lamat datang amek kitaorang!".

Cess...teksi lamat ka diaorang yang lamat. Tak pa la janji dapat pekena bihun goreng dengan teh o ais..perghh kenyangsss. Kerja pon diteruskan sampai petang. Rupenye keje siap cepat arini dan diaorang boleh balik lepas lunch. Diaorang nak jalan-jalan kat pekan Kuching dulu sebelum balik sebab flight diaorang malam ni. Aku plak kena tunggu vendor lagi sorang untuk kerja malam ni. Dia ni pon belom sampai lagi.


Usha skett kat luar opis

Jam dah pukol 4, nak balik la. Kalau sebelum ni balik naek kete arini nak try jalan kaki balik hotel. Hmmm...berani tak? Try je la. Nampak macam dekat je hotel tu dari opis nih. Kalau aku sesat tahan la mana-mana teksi bayar rm12 suruh dia hantar ke hotel. Pengembaraan pon bermula. Sempat la jugak tangkap gambar bangunan-bangunan kat tepi jalan. Orang yang lalu lalang jeling pelik jek..hahaha.

Hasil tangkapan aku;












bersambung...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terbang Jauh...

Aku dikira bertuah la jugak sebab dapat kerja yang selalu pergi merata-rata. Dapat la jugak merasa pergi ke tempat yang belum pernah pergi sebelum ni. Tempat ni memang nampak macam biasa jek tak ada yang best pun tapi bila dah merasa sampai tu memang lain la feel dia.

Macam tempat ni, biasa je kan!!!

Aku merasa la pergi ke Kuching, Sarawak walaupun dah 2 kali kena tangguh sebelum ni. Sebabnya? ada macam-macam sebab yang menghalang aku terbang ke Kuching. Tapi dengan azam dan tekad yang jitu, aku berjaya mendarat dengan smoothnyer di Ibu negeri Sarawak ni...hehe.


first impression aku, tak da la besor sangat Kuching nih. Macam pekan Teluk Intan je ropernyer. Aku masih lagi di awangan sebab mula-mula tak percaya dah ada dalam kapal terbang. Lepas tu tak percaya dah sampai. Aku pon check-in ke Dormani hotel. Hotel ni memang ceruk sket tapi at least dekat dengan tempat kerja aku. Lagi satu, kalau tempat kerja dalam lingkungan 5 km, diaorang ada bagi transportation free. Senang la kerja aku ni sebab nanti nak kena berulang- alik....jimat duet haha.

Pukol 3, dah janji dengan vendor nak jumpa kat opis. So sekarang kena kerja (la..la..kerja) lepas nih baru boleh ronggeng. Dah petang, kerja pun siap sket, kitaorang nak balik. Esok la sambung, hari masih ada.

Malam,
Aku dok dalam bilik tengok AC. Pastu perut rase macam lapar ingat petang tadi dah balun mi kat kedai depan hotel ingat dah kenyang. Tapi, perut berbunyi (la..la..la..lapar). Aku pon try la Mi Kolok yang disurh oleh member aku supaya try bila sampai Sarawak. Dia siap cakap lagi;

"DyaNz, nanti dah sampai Sarawak jangan lupa try mee kolok tau...tau..."

Tapi, mungkin naseb aku tak baek kot atau tak ada jodoh dengan makanan ni atau memang si tukang masak kedai ni tak reti buat mee. Memang pelik laa. Benda dah order takkan aku nak order benda lain plak. Takkan aku tak makan plak nanti orang lain cakap apa plak. Ditelankan la jugak. Walaupun perit tapi ku telan jua...aicehh. Boleh la dalam 10 suap. Lepas tu aku tak lalu. Aku pon bangun meninggalkan kedai dengan perasaan sedikit terkilan sedikit hampa.

bersambung.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan Time...

Pernah tak korang makan kat restoran mahal? Kat hotel mahal ?

Kat situ semua menu
tip-top dan ada gak yang tak pernah dengar dan tengok pun. Aku ni bukan dari golongan berada so, nak makan benda-benda macam tu memang tak da la. Lain la kalau ada pak cik kaya nak belanja...hehehe.

Kat area PJ ni sebenarnya banyak je gerai yang boleh
prepare makanan yang lebih kurang macam kat hotel mahal atau pon restoran mahal. Kadang-kadang gerai mamak jek tapi makanan dia perghhh memang ada class la dan rasa dia pon sedap jek.

Aku ada la pegi satu kedai kat area Bangsar ni. Kitaorang nih memang dah lapar sangat la lebih kurang macam kalau member kat sebelah tu boleh dimakan memang nak makan dah ....
teett*. Tapi aku tak lalu la sampai nak makan sesama spesis pulak nanti pupus lak manusia nanti tak da plak komuniti manusia di muka bumi. Bila komuniti manusia dah nak pupus nanti tak da penyambung kegemilangan manusia pulak. Nanti zuriat aku tak dapat nak cari pasangan hidop plak...tettt*.

Aku order
Spaghetti Bolognaise. Macam ni rope die. Mana nak dapat hidangan 1st class macam ni kat tempat lain?


Member aku order Spaghetti Marinara. Ropenyer macam ni.



Member aku lagi sorang order
Chicken chop. Memang meyelerakan betul sampai menjilat buku lali...hahaha.

So, akhernya kami pon kenyang sangat-sangat sampai tak lalu nak pegi keje. Kalau dapat membuta ni memang heaven gilerr laa.

p/s: Tiba2 teringat Murni plakss =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS