Mawar Berduri

Hari ini hidop macam biasa la...bangun pagi (naseb baek tak telepas subuh..huhu), pegi keja...(la..la..la kerja), cukup time balik la ...yeehaa!!

Kerja aku dikelilingi lelaki..yer..L.E.L.A.K.I. Rase-rasenyer seronok ke sebenarnya kerja dengan diaorang nih?? Tiap-tiap hari duduk sebelah lelaki, tiap-tiap hari makan sebelah lelaki, tiap-tiap hari bergaduh dengan lelaki, tiap-tiap hari tidur sebelah lelaki...teettttt* yer la meja aku sebelah lelaki kalau aku nak tidor aku lentok je la kepala atas meja aku yang berada di sebelah meja lelaki tadi tu hehehe.

Aku selalu jugak la dibuli hua..hua..hua tapi tak da la sampai kena minum air sabun atau kena tiup mentol lampu sampai menyala. Dibuli macam-macam tu je la. Kadang-kadang tu seronok bila seorang jer Gulrz dalam group ni sebab sentiasa ada orang take care la kononnyerr...tanya dah makan ke belum, tanya berani drive sorang ke tak, selalu diaorang belanja makan, kalau nak pergi mana-mana dengan team tak payah bawak kereta sendiri just tumpang je diaorang (hehe jimat minyak). Tapi, Kadang-kadang tu rasa menyampah bila asyik 'tertinggal' sebab diaorang nih biasa la kan ego tak mau tunjuk kalah depan perempuan...cesss. Aku la terkedek-kedek buat muka tak malu nak ikot atau nak belajar.

Tapi lama-lama aku pun dah terbiasa. Kalau tak mau 'dipijak' kena la berlagak berani depan diaorang kalau ajak lawan kena lawan balik ..huh. Yang penting selamba jer.

Apa-apa pun kena hati-hati dan pandai jaga diri. Ada yang macam buaya ada yang macam ustaz. so, betulkan niat ikhlas untuk bekerja..InsyaAllah diberkati dan dilindungi...Amiinnn =)

p/s: Teringat pak we membe yang namanya Amin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Walaupon Lambat tapi maseh Sempat...

Dah lama aku tak jenguk blog aku nih. Masa mula-mula dulu berkobar-kobar sampai tak boleh tidor. Berazam akan menulis blog setiap hari kalau boleh tu nak buat 2 entry 1 hari...cesss blah laa. Semangat taik ayam jek.

So, arini ingat nak tambah la siket walaupon tak seberapa janji ada la sket...hehehe. Nak cerita semalam pergi kenduri kawen membe kelas kat universiti dulu. Aku pergi bertiga nih naek satu keta ok la tu. Plan nak gerak lepas zohor sebab kalau pergi awai sangat nanti kena tunggu lama nak tengok pengantin. Sebab bijak sangat, sampai la kitaorng pukol 3. Ingatkan nak bereunion tapi hampehh semua dah gerak nak balik....huhu. Sempat bereunion dalam keta sebab tu pon naseb baek nampak kereta diorang. Besalam mesra dari dalam kereta je la, tu la bijak sangat Dyan nih.

Kami pon masuk la dewan pengantin lepas abes adegan menyapa bertepuk tampar walaupon sekejap. Perut dah lapar gilerr nih dah berbunyi-bunyi pon. Amek kuah daging kurma dengan ayam masak merah tambah kuah parpu dengan papadom...nyam nyam memang sedap la. Berisi la jugak perut yang berbunyi tadi. Sempat la jugak jumpa beberapa kerat dapat la sembang sekejap.

Pengantin pulak buat lawatan rasmi ke setiap ceruk meja, so kami pon panggil la dia ..phewwittt dia pun datang terkemut-kemut sebab kain ketat pakai pulak kasut tumit 3 inci ha ha ha. Seronok dapat bergambar dengan pengantin nih rasa lain dia punya feeling lepastu mula la dalam kepala ni merewang terpikir macam-macam. Macam mana rasanya bila dah kawen ni ek mesti kena kawen ke (iyer laa kalau tak macam mana nak dapat anak....teeettt). Nanti pergi honeymoon sama-sama dan paling best sekali tido sama-sama la...*teettt# .

Uishh...apa la Dyan ni, kembali la ke alam realiti berpijak la di bumi nyata. Aku pun tersedar, whoooo...ada kat dewan ni lagi rupenyerr...atas pentas lagi tu tengah bergambar ramai-ramai buat kenangan.
Congratezzz..eLa =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS