Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh sesi 2013

Musim peperiksaan besar bagi murid sekolah di Malaysia semakin hampir. Yang paling terdekat ialah peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Bagi yang berkelayakan boleh memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh sesi 2013 kemasukan bagi Tingkatan 4.

Sesi permohonan telah dibuka di www.moe.gov.my. Zaman sekarang semua perlu diisi sendiri dan secara online. Mungkin sukar bagi ibu bapa / penjaga yang kurang mahir menggunakan applikasi online ini. Manual cara pengisian sepatutnya telah diberi oleh guru sekolah kepada murid supaya dapat diisi bersama. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2012.

Berpandukan kepada manual; murid perlu ada
1.NO GILIRAN PMR dan
2.No Kad Pengenalan Bapa/Ibu/Penjaga. Nombor ini berdasarkan kepada rekod di sekolah yang dimasukkan oleh guru sekolah. Jika Bapa telah tiada, rekod ibu selalunya yang dimasukkan. Jika murid tinggal dengan penjaga, rekod penjaga yang dimasukkan.

Masuk ke laman web www.moe.gov.my. Akan keluar di muka depan, cari bahagian e-perkhidmatan dan klik pada tab BERKALA. Klik pada tulisan Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan.




PMR tinggal 17 hari saja lagi...huhu.

Setelah klik, akan keluar webpage baru seperti ini :


Murid boleh teruskan mengisi setelah masukkan no Giliran PMR dan No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga.

Jika masih kurang faham boleh saja bertanya terus kepada guru sekolah. Saya pasti para guru bermurah hati membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz