Melawat Melaka | Menara Taming Sari

Kami pergi melawat ke Melaka selapas balik dari Air Hitam Johor kerana urusan menghantar adik ke UTHM sambung Degree. Sampai ke Melaka pun dah nak malam so kami rehat dulu di hotel Sri Permaisuri ataupun sebelum ni dikenali MITC Hotel. Booked family room rasanya masa tu, 1 x Queen + 1xSingle = RM168 (including breakfast). Agak mahal harga bilik ni kalau tengok keadaan bilik dan toilet. Sebab nak dekat dengan exit ke highway so no choice. Call Seri Malaysia Melaka lagi mahal, RM178.


After solat, kami gerak ke restoram Malim ikan Bakar untuk dinner (tak makan ikan bakar pun). Order ala carte dan roti canai. Lapar sangat kot order roti canai sampai 2 kali (roti papan + roti balak). Lepas kenyang gerak ke bandar Melaka. Sampai ke Muzium Samudera tapi tak dapat masuk sebab dah malam. Depan Muzium Samudera ada kedai jual cenderamata dan kraftangan. Cuma tinggal 1 ke 2 kedai masih buka. Sempat beli Fridge Magnet (3 = RM10) mahal ke? No choice sebab dah malam. Makan tradisional Melaka pun kami beli macam gula tarik, putu, keropok. Kalau hari siang banyak pilihan dan boleh dapat lagi murah ;)


Muzium Samudera




Masa nak keluar nampak 1 benda kat langit. Macam ni;



Apa ni? UFO? Alien?

Owhh tidak!!! Menara Taming Sari rupanya. Kami pun rasa excited nak naik jugak. Yang paling excited mak la. Bayaran masuk RM15 seorang dan dapat goodies dari pihak Menara Tamingsari. Kalau anda student patut tunjuk kad student. Mungkin boleh dapat diskaun. Menara Tamingsari akan naik ke atas dan berpusing supaya kami di dalam boleh nampak keliling bandar Melaka. Berpusing-pusing kat atas tu dalam 15 minit la jugak. Kalau lama lagi habis la keluar semua roti canai yang makan tadi...uwekkk.










Cukup sudah untuk kali ini. Next time datang lagi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

yanie said...

diyana, kenapa rm15??
yani naek 3 kali tunjuk ic kene rm10 jer..

DyaNz said...

tu laa receipt pun tunjuk rm15..sebab naik malam kot...???

yanie said...

ooo yeke, maybe ko x tnjk ic kot...

DyaNz said...

Agaknya laa..tp x patut diaorag x tanya mntak tunjuk ic..huhu

Post a Comment

Comment plz