Solat di Shenzhen

Alasan tidak boleh solat kerana tiada surau atau masjid  => sangat tidak boleh diterima. (mak mertua pun tak suka tau..hehe)
Solat itu tiang agama. Berkurang solat maka berkuranglah tiang.
Tiada tempat yang sempurna asalkan bersih boleh dijadikan tempat solat.

Hari pertama di Shenzhen ialah hari Jumaat. Selepas sesi perkenalan setengah hari, kami ke masjid supaya si jejaka-jejaka hangat ni boleh solat Jumaat. Tak ingat apa nama masjid ni dan lokasinya.

Di China, majoriti Muslim terdiri daripada kaum Xinjiang. Kaum Xinjiang ni tinggal di kawasan berdekatan dengan negara Pakistan atau Mongolia (kalau tak silap la). Sebab itu mereka ni berdarah campuran dan muka pun mix tak sepet sangat.


Ketika di Tea Valley. Cari lobby resident kawasan tu untuk dijadikan tempat solat.


Restoran Muslim pun ada sediakan ruang untuk solat. Tak salah bertanya atau minta tolong sediakan ruang untuk solat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz