Meninjau Haneda Airport


Selamat sampai di Haneda Airport dalam pukol 11.45pm waktu tempatan
Proses untuk masuk tidak lah susah mana
Pegawai airport di sana kebanyakannya tahu berbahasa Inggeris
Walau tak banyak pun sikit jadi lah
Dari kapal terbang penumpang dibawa dengan bas ke terminal
Semasa proses Immigration clerance, setiap penumpang akan menunjukkan passport, letak 2 ibu jari tangan kat mesin pengesan, dan tengok ke kamera (betul2kan sikit muka tu) senyum.

Yani kata akan datang pukol 5 pagi.
Banyak masa lagi untuk merayau di airport ni
Kedai banyak tutup pulak
Nak sewa handphone pun tak sempat
Orang biasa sewa handphone di airport kerana harga murah

Aku sempat bertemu beberapa student dari Malaysia
Mengikut kata mereka, universiti mereka jauh dari Tokyo
Kena naik bas 12 jam baru sampai
Nak naik tren dan flight pun boleh tapi mahal
Bila ditanya, kebanyakan mereka bila masuk tahun ke2 atau ke3 baru sempat berjalan di Tokyo dan tempat lain
Macam seorang adik yang temankan aku, dia masuk thaun ke-3 baru merasa nak pergi Tokyo Disneyland



loker simpan barang selalu nak  spesifik duit syiling kan. Kalau tak ada duit syiling boleh tukar kat exchanger ni yang memang ada di sebelah loker

Sedang asyik bersembang, kami didatangi oleh 2 orang lelaki Jepun.
Mereka memperkenalkan diri sebagai Airport Inspector (siap tunjuk batch lg)
Mereka bertanya nama aku dan minta aku tunjuk passport
Mereka bertanya macam-macam pada aku
Oleh sebab tertawan dengan kekawaiian polis tu, lidahku kelu diam seribu bahasa
Hanya angguk dan geleng sahaja
Naseb baik adik ni pandai cakap nihongo
Memang prosedur biasa polis airport akan approach foreigner visitor untuk memastikan keselamatan pelancong

Selepas 2 jam merayau, baru sedar shawl tercicir.
Terus pergi tanya kaunter information dan aku bertuah sebab shawl tu dah dihantar ke bahagian lost & found
Mengikut kata pegawai di sana, staff restoran mee soba yang pulangkan.

Aku guna vending machine nak beli air. Boleh guna duit syiling, duit kertas dan kad.
Ada macam-macm air.  Di Jepun orangnya tak akan mati kehausan kerana setiap beberapa meter akan jumpa vending machine.




Aku masuk toilet dia pulak.
Memang canggih jugak. Ada macam-macam fungsi dan kegunaan.
Ada yang untuk ibu dan anak di mana kerusi anak kecil disediakan dalam toilet.
Ada tempat letak kaki di mana boleh tanggal kasut kalau nak salin baju.
Terdapat butang yang perlu ditekan mengikut kehendak.
Bila mula duduk atas mangkuk tandas, akan terus keluar bunyi air.
Bunyi ini bertujuan supaya bila kita melakukan aktiviti dalam toilet tu orang sebelah atau kat luar tak akan dengar.
Dan supaya tidak memalukan bila dengar bunyi macam-macam dalam toilet tu nanti.



toilet cangkung

banyak butang nak kena tekan ????



kerusi bayi dlm toilet

simbol pada pintu toilet


 hand dryer


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz