Hurry Worry Curry Isteri

Gastrik tiba-tiba aje datang
Mula-mula ingatkan angin biasa je
Tapi dah masuk 3 hari dah ni
Risau jugak sebab sakit dan senak kat bahagian dada kiri
Sebab ada history dalam family
Bertambah lah risau jadinya
Pergi lah jumpa doktor
Dalam hati mintak-mintak la jangan jumpa doktor perempuan aritu
Sekali masuk dalam bilik...aduhhhh doktor tu la

" ye DyaNz !! sakit apa lagi..?"

Aku tak tau nak cakap apa.
Dengan muka tersengih-sengih, aku cerita sakit kat dada dah 3 hari.
Aku bagi tau dia aku ada gastrik dan dia memang tau sebab dia check record aku.
Akhir sekali aku tanya, "ada relate apa-apa dengan jantung ke doktor?"
Dia buat muka pelik.
"ishh awak ni...muda lagi la. And kanak-kanak riang ni belum lagi laa..."

Aku pulak buat muka pelik. Kanak-kanak riang ?..Uh uh...

"awak baring la atas katil kejap...relaxxx.... Apa awak buat 2-3 hari ni?"

Aku blurrr.

"ada gaduh dengan boyfriend?" Aku geleng kepala.
"ada marahkan boss?" Aku geleng lagi.
"orite..dah sudah" Aku menarik nafas panjang...lega.

"Apa u makan pagi-pagi?"

Aku cuba nak flashback semula menu kita orang setiap pagi.
"Hrmmm, mee goreng...bihun goreng...."

Doktor tu menjegilkan mata dia. "beratnya menu..pagi-pagi dah makan goreng-goreng?"
Dia diam. Aku tunggu  tak sabar nak dengar dia cakap apa lagi.

"apa kata u tukar cara makan u?" Aku tertanya-tanya.

"u makan la cereal untuk breakfast." Dalam hati, "errr...ok"

Selepas aku bagi tau ada history dalam family aku,

"U jaga makan u, exercisee..jangan ingat bila exercise u hav to go to gym...ramai orang salah paham yang itu. Bila berjalan -jalan tu pun dah exercise....@#$%!!"

So, aku buat kesimpulan kena buat aktiviti yang bergerak.

"Err, coffee ada kaitan dengan gastrik tak..?" tanyaku minta kepastian.

"Actually, belum proven pun coffee and tea ni penyebab gastrik." Jawabnya pantas.
Dia bercerita time belajar dulu pun banyak argue tentang issue ni. Tapi still tak proven pun lagi.

"tapi u yang kena decide. Kalau u rasa bila ambil those akan sebabkan u sakit, so avoid it la. Kalau tak mendatangkan apa-apa u boleh je proceed."

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

"Ada apa lagi nak tanya ?" Dia bertanya aku lagi mungkin sebab tengok muka aku macam nak tanya lagi.

"Ok tak ada. Thank you Doctor." Aku balas dengan senyuman.

Apa kaitan dengan Hurry Worry Curry Isteri?
Aku dah tak ingat sebab doktor bercakap banyak sangattt la ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz