Kehilangan Tiada Ganti

Hari ini ,
seorang suami kehilangan isterinya
Seorang anak kehilangan ibunya
Seorang menantu kehilangan ibu mertuanya
Seorang ibu kehilangan anaknya
Seorang adik kehilangan kakaknya
Seorang cucu kehilangan neneknya

Setiap hari hampir ada sahaja kehilangan berlaku dalam hidup
Hari ini hari dia
Entah esok lusa hari kita pula
Datang la menziarah keluarga saudara selagi ada masa
Takut tak sempat nanti
Akan rasa terkilan seumur hidup

Ketika majlis tahlil diadakan
Akan ramai orang datang samapai penuh rumah
Nak sedekah bacaan suci untuk yang telah pergi
Tapi, adakah yang datang tu semua ikhlas ?
Ikhlas nak mendoakan si mati ?
Atau puas takkan ada orang yang melebih dari dia lagi
Ikhlaskah semasa menadah tangan mendoakan kesejahteraan si mati?
Atau sekadar mengikut orang lain?
Ikhlaskah semasa mengaminkan bacaan?
Atau sekadar nak tunjuk muka di depan makcik-makcik agar boleh dijadikan calon menantu?
Ikhlas kah niat dan tujuan datang menziarah?
Atau sekadar nak mengumpul info dan boleh dijaja cerita selepas itu.

Tepuk dada tanya Iman
@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz