Cerita Si Gadis


Tersebut kisah seorang gadis yang dulunya tidak pernah membayangkan akan melakukan perkara seperti yang dilakukannya sekarang. Si Gadis tidak pernah mempunyai bakat dalam seni. Dia tidak pernah menyiapkan kerja rumah seni yang diberi oleh cikgu. Selalu saja Si Gadis merosakkan kerja seninya dengan menambah elemen yang tak perlu. Sejak di bangku sekolah si Gadis tidak pernah minat dengan perkara berkaitan rumah tangga. Kalau di sekolah ada subjek Ekonomi Rumah Tangga, Si Gadis would prefer Sains Pertanian (walaupun memang tak ada bakat bertani). Si Gadis kalau di rumah lebih bertumpu menguruskan hal kekemasan rumah seperti membaiki soket elektrik yang terbakar, menukar pili air yang dah loose getah dia, membersih longkang di luar rumah. Si Gadis meneruskan hidup dalam suasana di mana seni tidak pernah terfikir pun.

Bila mana telah bekerja, si Gadis mula meminati muzik yang pelbagai, seni persembahan, lukisan serta fesyen. Si Gadis cuba untuk memahami dan mendalami erti sebenar seni kerana seni itu luas dan subjektif. Kehidupan ini adalah seni bagi si Gadis kerana terlalu banyak corak dalamnya. Melalui pemerhatian cara hidup manusia yang dapat dilihat setiap hari, ia dapat diolah ke dalam forografi, fesyen, lagu dan lakonan. Secara tidak langsung suara hati manusia dapat disampaikan melalui medium tersebut. Si Gadis mahu memahami apa yang ada dalam fikiran orang seni kerana si Gadis sendiri bukan lah berlatar belakang seni. Sukar juga rupanya mungkin sebab Gadis sendiri tiada bakat.

Bermula lah detik di mana si Gadis mahu menjerumuskan dirinya dalam salah satu bidang seni. Walaupun tidak sehebat mana tapi Gadis cuba untuk buktikan bahawa seni ini jika dipelajari dengan ikhlas akan membuahkan hasil. Agak sukar pada mulanya tapi ini janji si Gadis untuk tamatkan apa yang telah dimulakannya.

@_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz