~BesDay in AdVanced~


Di kala semua bercerita tentang Bajet 2011...DyaNz dengar ada yang menarik dengan kandunganya. Banyak membawa kebaikan kepada rakyat dengarnya. Di kala melayan tv rasa mengantuk cepat malam ni tapi teringat cik Sally suruh update activity suka-ria kita orang.

Kisahnya bermula bila en muced ni ajak geng ofis makan di luar selepas waktu pejabat. Kerana ajakan "makan" mana mungkin DyaNz menolaknya..eheh. Bila sampai di tempatnya ada la jugak tunggu dalam 15 minit kot baru dapat tempat mungkin sebab kita orang bersepuluh tu yang lambat dapat kot. Selesai order makan & minum (yang ambil masa dekat 15 minit jugak sebab cik naps yang tidak comfirm dengan pilihannya n cik dillz pula yang banyak bertanya abang waiter tu). Sebelum tu abang waiter tu (yang macam pernah dilihat di cawangan Jln Sultan Ismail) tanya ada hari special sapa2 ke? kita orang teros tunjuk en muced disebabkan dia belanja malam tu dan besday dia pun tak lama lagi (bukan malam tu la).

Abang waiter ni bawak geng dia dan sepotong kek ke meja kami teros baca jampi serapah apa entah sambil nyanyi lagu 'Heppi Besday Muced'. Dia suruh besday boy pegang botol sos as microfon dan request nyanyi 1 lagu tapi kami terus geleng kepala supaya dielakkan menyanyi..eheh. Last, besday boy kena tiup lilin kek dalam piring yang abang tu pegang hampir 1 meter. Bila DyaNz nampak je kek tu bersinar-sinar mata ni..bila rasa kek tu sejuk macam ais krim dah tak peduli orang lain..eheh. @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Comment plz