BERSENAM & DIET BULAN PUASA CARA DyaNz

Siapa kata bulan puasa tak boleh bersenam ?? Time tengah puasa ni la lemak senang terbakar tau kalau buat aktiviti yang boleh keluar peluh. Alasan kata penat la lapar la tak boleh pakai la.

Siapa kata kalau nak bersenam bulan puasa ni mesti kena pergi gym ke main tenis ke kena panjat bukit ke ??
Boleh jer kalau nak buat semua tu tapi jangan bagi alasan penat lepas tu terus bukak puasa lak.

Ada jer cara lain lagi senang, mudah untuk exercise. Ni cara DyaNz exercise bulan puasa..eheh yeah!! DyaNz way...

Parking kereta jauh dari ofis atau rumah
DyaNz selalu guna cara ni sebab bila jauh kena jalan pun jauh jugak la kan. At least jantung kita bekerja la jugak dan kita berpeluh la jugak walaupun sikit. Bila berpeluh tu lemak pun terbakar la sikit. So, jangan la malas nak jalan time bulan puasa ni ek.

Pusing-pusing bazar Ramadhan
Ni pun lagi 1 cara paling senang. Lagi bagus kalau pegi bazar ramadhan yang besar dan panjang gilerr. Selalu kita mesti nak survey dulu kan gerai ni jual apa gerai tu jual apa takkan nak main serbu terus je kot. So kita pusing-pusing la 2 ke 3 kali buat-buat cari kedai yang kita suka walaupon memang dah ada gerai favorite...eheh. Confirm berpeluh gak tu so ada la jugak lemak tebakar kan.

Catu Makanan
Makanan kat bazar ramadhan ni la dugaan yang paling besar kan. Serbu gerai ni tengok ada roti john, serbu gerai tu ada ayam percik, serbu gerai lagi satu ada plaks cendol la kuih cara la karipap la...ehek. Tau-tau jer dah ada 4-5 plastik kat tangan kan. So, macam mana nak diet nih ?? Cuba la catu makanan yang korang beli tu macam hadkan nak beli 3 plastik je hari ni. Esok pun 3 plastik jugak. Makanan tu tukar-tukar la takkan nak beli semua jenis 1 hari beb. Puasa 30 hari tak lari la bazar ramadhan tuu.

Ni antara cara mudah yang DyaNz biasa buat la. Tengah cari jugak cara lain kot kot korang ada idea boleh share sama-sama..eheh. @_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

hentakbelipat said...

styleee hhehe

Post a Comment

Comment plz